love

love

Followers

Tuesday, 26 November 2013

Cuti kat pantai belakang rumah...

Salam,

Sorry guyzzz...its school holiday..!!!
Suppose school holiday, Aniq laaa yang cuti kan , ni sebaliknya mak pak and adik2 dia yang tak sek cuti pulak...Aniq stay umah Nana...tapi tu kira bercuti laaa jugak..main Wii game 24-7 with his cousin..what else he want ..!
Tapi ibu tak kasi chance melampau jugak, dah siap2 wasap my adik ipar suh ajar mangaji...

Actually kitorang tak ada bercuti ke mana pun .
Few years ni, cuti sekolah hujung tahun tak meriah like dulu2.
Masa kitorang kat Puchong dulu, cuti sek jer, dah start pack kain baju bawak Aniq cuti2 Malaysia.

La ni dia dah besar, he prefer to stay at home or rumah aunty dia with cousin .
Dari kecik sampai ke umur camni, dia memang hidup dalam kereta jer kot, jalan sana sini, so now konon2 dah besar sket, dah bosan.


Tapi Nana bawak jugak dorang berjalan2...kalau ngan ibu n adik2 malas dia nak ikut, ngan Nana n mama, terpaksa akur ikut jalan2.




Adik2 pulak baru nak kenal dunia...baru nak ajak jalan cuti2, mandi pantai semua, tapi ibu dan papa dia pun sama2 dah start bosan jugak nak kuar cuti2 kat luar.
Bila ada masa cuti panjang, memang hati tu lebih rasa nak duk umah..celik pagi tengok pasu bunga hijau2...main masak2 kat dapur, tapi kenangkan kesian kat budak kembar berdua, gigih jugak laaa bawak dorang berjalan ...tapi tak la semeriah dulu.

Kali ni cuti bawak balik kg jer pun .
Tu pun niat asal bukan la nak cuti...papa kena balik Kuantan nak uruskan urusan jual beli tanah.
So, i ambik la kesempatan bawak budak berdua ke pantai kat belakang rumah jer pun .

Jadi laaa dari langsung tak merasa mood cuti tu.
Tapi balik kg tu pun dah cukup buat si kembar happy sebab time cuti sekolah, ramai sepupu2 yang ada.
Sepupu2 yang  dah besar..semua dah akak2 ramai yang melayan dorang...so, kalau tak g pantai pun memang dah seronok sangat ...dah tak kisah kan  mandi, makan atau susu.



ke mana ibu dan papa pergi, terpaksa la heret sekali...masa ni ke pasaraya Cowboy kat Kuantan, cari barang2 .

Petang, sepupu2 mengajak ke pantai belakang rumah.



Jalan kaki beramai2...




Pantai Cherating belakang rumah kitorang kat Kuantan.

Dah nampak jer pantai..apa lagi...

tapi selalunya kalau kat pantai, memang dorang aim nak main pasir jer...











Malam kita semua makan besar..hasil anak2 buah memancing, dapat dua ekor ikan besar, kita hantar ke kedai tom yam sebelah rumah, minta masakkan.



Ikan jenahak


Siakap , masak stim

Jenahak  masak sweet sour





Menjamu di depan restoran anak buah.


kebetulan my sister dr Kelang pun ada balik.

Meriah dengan anak2 buah semua pun ramai yang ada , cuti sekolah dan cuti universiti

Selera la ayoh makan kalau ramai2 camni

Mok pun happy anak2 cucu berkumpul makan ramai2

Sebenarnya sederet 3 pintu kedai ni semua kedai adik beradik.
Yang tempat kita makan , anak buah buat kedai makan, kat tengah kedai ayah long jual barang2 kulit and paling hujung kedai abang Wi ..kedai runcit.
Jadi takder masalah kita semua bising2 makan riuh rendah depan kedai hehehe.

kedai makan anak buah ..Ijat

kedai ayah cik (abang Wi)
kedai ayah long




Budak berdua ni lepas jer makan, terus pengsan , keletihan siang kat pantai and main with sepupu2.

Bila budak2 dah tidur, ibu melayan borak with anak2 buah.

Papa pulak ajak anak2 buah lelaki memancing.


Pukul 4 pagi whatsaap i pic ni.
Bangga dapat ikan .

The next daynya, Monday, papa ada urusan kat JUPEM Kuantan.
I bawak budak2 lepak cafe...



Kat mana2 pun , sentiasa happy berdua...

Settle urusan di JUPEM, balik rumah, dorang pengsan kepenatan.
Malam kita bertolak balik ke KL.
Alhamdulillah, bangun pagi ni dua2 masih ceria dan tak mengamuk2 tak kasi ibu g ofis macam selalu.



















1 comment: