love

love

Followers

Thursday, 22 August 2013

Citer rojak

Salam,

Kita selang2 la citer..kalau straight pasal raya jer..boring..sana sini blog orang citer raya kan .
Nak citer pasal deko manjang pun boring gak kan .

Today kita rojak.
Citer pasal aktiviti , pasal masak..pasal deko pun boleh la campur.
Dah nama pun rojak.


Actually i balik raya awal dr Terengganu sebab nak raya with mama kat KL.
Tapi sempat sehari jer..dah sebab kena bermalam kat Bentong kan due to bad traffic hari tu.
Monday sehari, raya rumah Ngah , raya ngan mama.
Petang mama datang rumah kita plak.

Selasa pagi2 mama dah ikut Nana ke Penang..sebab Nana ada kerja sana.
Kita anak beranak dah tak tau nak buat apa.
Aish mama dah tinggal kita. 
Bukan main kita balik awal2 konon nak raya sesama.
camana ni...takleh jadi.

Tapi sebab dah tak tau nak buat apa.
Tergolek kat rumah jer.
Papa pulak demam.
Tambahlah tak kemana.


Aktiviti budak bosan bangun tidur.
Ajak papa jalan2, papa tak larat..budak2 pun berpusing2 dalam rumah jer.
Gila takder tamu, takder aktiviti di hari raya..sedih tauuu.

 
Petang main game kat Tv dengan papa.
tak pernah2 dibuat..tapi dr takder apa..hahaha.

Then dah duk rumah, lapar jer la kan .
Nak masak beria pun takder mood.

Lauk orang malas

Sebab apa malas..ikan goreng ni masak with kicap+ sos jer..tapi punylah sedap , dah lapar2 tu kan ,semua sedap..hahaha

bayam bodo ni pun bukan main sedap 


Rabu pun tergolek kat rumah..
Takder aktiviti..

Main cincin2 ngan papa pun jadi la dr takder activity kan 


Aniq pun bergolek layan movie kat TV bawah.


Khamis i kerja..tinggal la papa kat rumah.
Demam dan bergolek kat bilik jer katanya

Jumaat pun i tinggalkan budak2 ngan papa kat rumah.
Tapi petang tu, dia ke Rawang sebab mama dah balik.
Dalam demam2 pun dia gagah diri sebab dah bosan sangat.
I balik kerja petang tu, dia masih kat sana.

Ini  pulak aktiviti Sabtu, sehari sebelum i buat sesi makan2 kat rumah hari tu.

Bangun pagi2 serius tak tau nak buat apa.
Nak pergi beraya, tak tau nak kemana hahha.
Papa pagi2 dah keluar dengan atuk, kebetulan atuk sorang jer dtg kat rumah kita.
Mama ikut Nana balik Muor
So pagi2 papa dah keluar dengan atuk cari barang kat Low Yat.

Jadi tinggallah si ibu dan anak3 kat rumah.
Bosan.
Pagi2 bangun i suruh jer bibik Ayu g beli nasi lemak.
Lepas makan nasi lemak, ajak pulak budak2 menternak lemak.
Baring layan TV.
Punyalah bosan, i pun melayan kartun sekali dengan si kembar.
Kartun pun kartun laaa.



Last2..budak berdua masuk bilik abang, main mainan..tinggal ibu sorang2 terkebil2 melayan kartun hahaha.

Tengahari, dengan tahap kemalasan melampau, i turun ke dapur .
Nasi ayam laaaa menu paling ringkas boleh fikir.
Ketung ketang kat dapur.

Siap.
Makan lah anak beranak.

Sekali papa balik pun terus menggelupur cari makan.
Dah sah2 kat luar, boleh pulak dia balik cari makan kat rumah jugak.
nasib la i masak, kalau tak...haru laaa
Dah la dekat pukul 3 dah dia balik tu.
Rezeki laaa nasi ayam ada.


Petang call Yuza..nak g rumah dia.
Dia pun beria mengajak, sebab dia pun kebosanan tak tau nak beraya ke mana hahaha.
Elok snagat.



Beria la snagat dengan kasut raya..mood nak g beraya la konon.




Sampai jer, duduk kejap, budak2 berdua bukan main seronok main dengan anak2 Yuza




Yuza suh tolong bua mee goreng.
Boleh jer..









Budak happy bertiga.

Dari rumah Yuza terus ke Giant Shah Alam depan rumah dia.
Cari barang2 utk jamuan raya esoknya.

Malam balik, duk prepare apa patut.
Nasib baik la Sabtu tu ada aktiviti kalau tak punyalah lemau seminggu.










Wednesday, 21 August 2013

Sofa baru.

Salam ,

Ingat tak sebelum raya i tempah new sofa.
And i did mention betapa putih tulus suci murninya warna putih sofa pilihan i tu.

Now i love to share my new sofa look here.
Ini sebelum balik kg.
Malam tu i tunggu sofa ni datang.
Sebaik jer sampai, i terus deko dengan  carpet utk tujuan bergambar n nak tatap mpuas2 kat kg sebab kena trus balik Trg malam tu hahaha.

Budak berdua pun sempat bergolek bawah meja



Aniq pun nak rasa jugak sebelum tinggalkan .

Balik jer ke rumah dari kampung..cabaran pun bermula
Suci benar warna sofa pilihan hati i tu.
walaupun dr mula papa menghalang, tapi i tetap berkeras dan akhirnya..inilah padahnya...hahaha
Silalah awasi anak anda 24-7 cik kak.

Ingat senang.
Tak.
Bila dia nak duduk i remind them, letak kaki kat bawah.
No menyusu sambil baring atas sofa pleaseeee.
and dorang kena perambat tengpok TV kat atas.
papa pun dah pindahkan HyppTV ada kartun kat atas.
Lega skety...tapi tak sepenuhnya sebab most of the time aktiviti harian adalah di bawah.
Especially makan ....huarghhhh..tension okay.



So, solutionnya.














I cover dengan alas..i guna side putih juga supaya tak hilangkan design n kecantikan asal sofa tu muahahaha.
cantik la sangat.


Yang 2 seater ni pun kena bungkus.

Tak nampak sangat kan sebab sama2 putih.


papa tanya apa feel dia pakai sofa baru kalau kena bungkus gitu.
Takper, ada tamu kita bukak la .

Elok i letak alas, si kakak tumpahkan susu coklat atas ni.
Memang menangis mak kau nak.
Seb bek dah alas..tapi kalau tak perasan memang coklat tu tembus ke bawah..



Apapun , hati gembira ...!!

Tuesday, 20 August 2013

Jamuan Raya @ home pt 1


Salam,

Tengok tajuk dah tau kan .
memang dah jadi trend dah rasanya open2 house sepanjang Syawal ni.
I pulak setiap tahun takder buat la official open house, siap tempah khemah bagai ni.
So dr dulu bila masuk bulan raya ni, i akan jemput ikut team laaa.

Kawan, family..camtu laaa
Tapi selalunya, cmapur jerkkk..family datang dengan kawan pun ada..takper laaa, janji takder laaa sekali harung i nak jemput serentak.
Rumah dah la kecik, badan pun penat jer sebab selalunya memang kita masak sendiri, tak pernah tempah catering ker apa.
Satu lagi, nanti ramai2 dah tak tau nak layan yang mana.

Jadi weekend baru2 ni on Sunday, our part 1 jamuan raya start dengan few kawan ofis i.
Few tau, maknanya ada lagi laaa next session tu.
Then, family in law sekali.


Kitorang prepare

 set 1: nasi minyak, ayam berempah  dan acar by papa



set 2:lamb chop,potato salad and mix vege with blackpepper sauce by me

And kastard jagung berkuah as dessert also by me.

Last raya pun i hidangkan lamb jugak.
Sampai ada few fren masa nak datang tu tanya , ada kambing tak hehehe.
Nasib baik ada..kalau tak kempunan jugak laaa member kan ..

Ni pic satu2 , thanks to Alynn menjadi photographer of the day, kalau tak memang takder pic langsung la sebab tuan rumah pun dah kelam kabut kan .







Memang kelam kabut dr pagi sebab i jemput kawan2 datang for lunch.
Dessert awal2 dah siapkan malam nya.
Kambing pun papa tolong marinate malam tu.






Then segala preparation utk nasi dan ayam berempah papa, bibik Ayu sama2 tolong tengah malam tu siapkan.


So pagi2 lagi i dah ready bakar kambing2 tu




Alhamdulillah, bila guest sampai dalam pukul 1 tengahari  tu everything dah ready.



First guest yang sampai Alynn, then Ernie.
So, i ajak makan dulu..maklum la meja sempit..i pulak tak buat konsep buffet, rasa cam tak best jer kalau buffet, kalau kat meja makan tu seronok la sembang2 atas meja , cam homey gitu kan .



Sebelum guest lain datang, i makan sekali dengan dorang siap2.

Dalam 10 minit pastu...next gues pula sampai.
Dua family.

First guest dah beralih ke dessert.

Dari depan.
Sambil makan sekali kuih raya hehee.

Time ni , guest kedua yang dua family tu makan pulak kat meja..tapi gilir jugak la, while satu family tengah makan, satu lagi kawan i duk menyuap anak2 dia dulu kat luar.


While satu puak ni dah duduk makan dulu, sambil bercerita

Seronok sembang eh

I pun duk luar temankan kawan ni menyuap makan kat anaknya 


Aleeya pun nak join makan ...




Then , dah kenyang boleh la mak nya tinggalkan main kat luar



Dan mak dia pulak sambung makan kat meja..so i join them.
Papa duk buat lawak apa ntah time ni.

After solat kat my house, dalam pukul 3 lebih camtu, dorang gerak balik and Nana with husband pulak sampai.

I tapaukan dorang nasi..banyak jugak, sebab dia pun ada guest nak datang rumah dia malam tu..since papa masak macam lauk kenduri, i bagi jer Nana tapau n hidangkan guest dorang ngan our menu tu.

Dalam pukul 6, my fren Sha pulak datang kebetulan sekali with Ngah anak beranak.


Lama jugak dorang kat rumah.
Ngah anak beranak layan movie dalam rumah.
I duk kat luar bersembang dengan Sha..maklumlaaa lama betul tak jumpa BFF sorang ni.

Husband dia plak duk borak wth papa.
Lepas dorang settle Maghrib kat rumah, dorang pun gerak balik.
Ngah pun sekali balik.

Elok plak last guest sampai.
Tapi masa last guest tu dapat hidang set nasi jer.
Kambing dah habis...

last guest, kawan papa..

Budak berdua kat luar dilayan bibik Ayu




Anak2 tamu bersuka ria main kat luar.

Dalam pukul 11 camtu baru laaa semua beredar.
Lauk dan nasi ngam2 tinggal.
Syukur sangat dah settle part 1 ni.

Nanti next session kalau ada i share sini