love

love

Followers

Wednesday, 24 June 2015

Gold Coast Australia part 2: Day 1-Airport, Car rental, apartment and groceries shopping

Salam,

I terus ke cerita la yer.

Amaran:
Sila jangan muntoh , memang banyak pic

Kami bertolak dr KL pukul 9.20pm on 11 Jun 15.
Sebelum tu dah few day stay umah Puchong .

As early as 5.30..ngam2 after Asar, kita semua pun bertolak ke KLIA 2.
Memang ajak pergi awal, sebab kitorang tak pernah lagi g KLIA baru ni.
Kena pergi pulak dengan dua buah kereta, sebab memang tak muat kan...orang dah 7 orang, driver lagi, barang2 lagi.

Tapi elok rupanya time tu orang balik kerja..jem dekat sejam jugak otw tu.
Dalam kereta Awa, anak buah i tanya,  dah buat web check in ker ...
Aduhh, macam mana i boleh lupa.
tapi rupanya bila kita bawak disabled..ada request for wheelchair segala, tak boleh web check in.
Tengok dalam web, kena check in 4 hour before.
Masa tu dah nak kul 7...aduh mati.

sampai jer airport apa lagi, berlari laaaa
mok ngan ayoh jer rileks, slow2 jalan sebab memang depa tak larat jalan jauh.
I dengan papa lari tak ingat apa dah, sebab masa tu dah kul 7.

Tengok2 line punya lah panjang..aduh kes naya.

While waiting papa q utk check in, mok , ayoh and kids duduk tunggu kat kerusi2 tu.





Dah settle check in, nak uruskan wheelchair plak.
Pung pang2 dah nak kul 8.
Bawak mok ayoh g surau segala...kul 8.30 baru settle.
Dah baru pikir nak makan sebab tak makan apa2.


Orang kat tempat wheelchair dah cakap 8.45 kena masuk dah.
Yang kitorang ni pikir, dan kot makan dulu, sebab nanti naya mok ngan ayoh kan .
memang dah order makan dalam flight, tapi takut pulak dorang tak selesa semua, lambat ke apa nanti.
So g makan jugak dulu.

haaa pukul 9 baru settle.
Apa lagi berlari laaaa menolak dorang.
Suppose orang Air Asia akan assist , tolak sampai dalam flight, but then awal2 kitorang kan nak g makan, so cakap takoper tolak sendiri.
nahh rasakan...berpeluh2 weh.
Tak tahu berapa km kitorang berlari nak sampai ke flight.
half way crew2  Air asia mencari kitorang and tolong dr situ....
Rupanya kitorang jer yang tak masuk.

Crew tu duk laaa communicate thwu walkie talkie tu suh orang gate tunggu sebab ada dua wheel;chair katanya.
Dengan crew2 dorang berpeluh2 bverlari dengan high heel semua.

Aduh pengalaman yang memeritkan hahaha.
degilll lagi...oplane tunggu , nasib baik laaa..,kalau tak, balik saja lerrr.

Alhamdulillah, dapat la masuk flight hehehe.
First experience utk my twin .
kakak tekun study hehehe

Adik's happy faces

my parents..Aniq kat tepi tingkap

Dalam flight, nanti crew akan pass kan arrival card utk kita isi, ada 7 form i kena isi, terpiat2 biji mata tengok orang lain dah sedap tidur..nak buat bila sampai kang terkejar2, baik buat siap2.


ini rupa arrival card tu.
google image
Penting utk kita honest and declare barang apa kita bawak , nanti senang bila kat imigresen.


Masa ni dah siang..dah bertukar2 tempat duduknya

Kitorang makan dalam flight 2 hour before landing...jadi kenyang la lagi...
I dah order siap2 masa beli tiket..senang.
Sampai kat airport tak perlu fikir dah nak cari bekpes.

dah sampai ke Coolangatta Airport Gold Coast.
sampai sana pukul 5.30 waktu Aussie.
Tapi disebabkan musim sejuk, malam kat sana agak panjang, and pukul 6 tu dah cerah pun kat sana.
Petang pukul 6 dah gelap sangat

My son tolak my dad.
Alhamdulillah sejuk perut tengok how my only son ni treat his atuk.
Sepanjang kat theme park dua hari pun dia banyak melayan my fatehr tolak ke sana sini.
Ayoh pulak ada masalah, like evry half an hour mesti nak terkucil, dah g tempat sejuk lagi la kan .
Aniq laaaa tukang tolak dia kemana2

My hero tengah tolak mok
Alhamdulillah sekali lagi dikurniakan sorang suami yang penyayang.

Masuk ke dalam , Allah permudahkan utk kami.
Berkat bawak both my parents with the wheelchair, banyak depa bagi priority to us.
Takder la que panjang sangat kat imigresen sana and since kami pun awal2 dah declare dalam Arrival Form barang apa yang kami bawak, jadi beg kami langsung tak dibukak and diperiksa.
Ada pegawai tanya and i cakap , just food for my kids and parents.
Then depa lepaskan we all keluar.

Pagi tu i tengok ramai jugak family Malaysia yang satu flight.
Ada satu family tu kena check satu2 beg dorang.
Dah la siap kena hidu dengan anjing pengesan dorang.
Aduh kesiannya.

Kami tak sempat bertegur pun , tapi sempat laaa senyum2.
And kami jumpa masa kat theme park.
Kat sana baru borak2.
Family ni satu family , mak ayah and anak2.
tapi anak2 dorang semua besar2 dah
maybe semua tengah belajar lagi.







Masa ni papa cari orang dr car rental.
Suppose orang car rental tinggalkan jer kunci dan kereta klat tempat sepatutnya. But since we requested for wheelchair and they cannot provide, so they brought us to their office so that senang nak dapatkan wheelchair dr redcross yang dekat dengan their office.






Mok and ayoh kepenatan menunggu.

Dalam setengah jamjugak laaa, so sempat la papa beli sim card dulu .
Penting nak dapatkan internet access , nanti nak whatsapp dengan staff kat kedai camana kalau takder internet kan .

papa cakap kena 50aud..lebih kurang rm150.
Dia guna Lebara


Lepas tu nampak laaa van dr car family rental.
Papa g  tanya and betul la van tu nak pick up kami.
Driver tu masuk barang semua terus bawak kitorang kat ofis dia.

kat sana baru la staff handed us our car, kami sewa Toyota Tarago, kalau kat sini Estima kata papa.
Ok la, ngam utk kami 7 beranak.
Car seat pun dah siap depa provide sebab memang request awal2.
Dr situ staff sana guide kami how to get our wheelchair kat redcross.


Kids dalam kereta.
Adik muka bengkak jer sebab nak duk depan ngan ibu.
Abang kat belakang dengan adik, sibuk duk tengok pamplet tempat2 dia nak pergi nanti

Papa drive and ayoh kat depan .

ini lah tempatnya.
Kena ke pintu sebelah tu.
Lupa nak snap pic dalam ni.
Ada dua orang makcik hehehe dah tua yang jaga.
Sewa utk satu wheelchair ialah 15 aud per week.
So dua kena 30 aud...
Takder duit deposit dia mintak.
I pun pelik gak...tapi maybe sebab benda ni hasil derma orang , maybe dorang kat sana tak berani kot wat pasal ..hehehe agaknya

papa duk ngejas nak susun beg and wheelchair.

dengan susah payah gak la...

Then terus drive ke hotel.
Berpusing sket jer cari hotel.
tapi papa pun bawak rileks2 jer, takder apa nak rush snagat, memang takder plan snagat for that day.
Sepanjang jalan duk la tengok rumah2 dorang kat sana.
Memang cantik2..taklah rumah mewah, rumah biasa2 jer...tapi semua nya bersih ya amat.
Ada bahagian rumah mewah pulak, melampau2 sampai siap bot depan rumah huhuhu

Ayoh tak habis2 kagum tengok jalan raya sebutir sampah pun takder.
Rumput2 tok sah cakap laaa....menghijau jerrr...bersih gila.
ni dah dekat2 area kitorang rasanya

nampak tak, kemas, bersih jer jalan raya semua

So dalam 15 minit gitu, sampai laaa ke hotel yang dicari.

kami stay kat Breakfree Beachpoint Apartment.
I dapatkan apartment instead of hotel biasa sebab nak masak.
nak ada dapur and semua facility macam kat rumah.

Apartment kami ambik ni dua bilik and max person utk stay ialah 5 pax.
tapi kami senyap2 jer la seludup my parents dua orang.

kalau nak dapatkan sebuah lagi ikut term dorang , mati laaa nak bayar , dah la mahal satu hal...dah tu smpai dua biji apartment nak buat apa weh...
tak pasal2 mok and ayoh duk berdua kat rumah lain plak
So takper, kita senyap2 jer naik dulu hehehe.

masuk jer rumah ni la rupanya.





balkoni terus menghadap pantai.
nampak tak baywatch tu ,pondok kuning tu...tapimemang tak bukak terus pun bahagian ni, kalau bukak menggigil la semua dalam rumah tu.


sebelah ruang tamu, ruang makan, omputih tu tukang bekki air cond, masa masuk dia tengah wat kerja

Then kami terus ke bilik, while waiting depa siap...dalam 10 minit jer...depa pun kuar.



Ini master bedroom .

Ini bathroom dalam master



cakap dengan my parents to stay in the room..senang sebab ayoh kan selalu nak ke tandas



ini bilik kedua

Adik terus bukak mainan bila cakap ni bilik dorang



Ini bilik air kedua, depan bilik kedua...



i requested for extra bed, sebab awalnya i punyalah ikut term dia kena ada extra bed kalau lebih 4 orang, dah bayar siap2 , baruterpikir, nak seludup mok ayoh pun boleh, apahal siap bayar extra bed pulok hahaha.
dah tu tak pakai snagat pun ...anak beranak duk terbungkam depan tv
Bilik mokjer satu ayaoh ngan mok tidur...bilik kedua maintain jer bersih


Ini bilik laundry.
Tapi dryer tak berapa elok snagat.
Kering laaa, tapi still kena jemur sket

Ini ruang paling penting.



Pinggan mangkuk semua dah ada...tinggal nak samak/sertu jer laaa


periuk belanga semua pun ada.

space paling di aim hahaha.

Kitorang sampai ke hotel dah lebih kurang pukul 2.
Semua pun dah lapar.

sebelum apa2 kita sertu dulu semua2 ni dengan sabun taharah.


Punggah2 beg makanan, takder apa boleh buat sebab barang basah takder.
Jadi i masak maggi dulu buat alas perut sebelum keluar cari barang masak.


tak pernah2 makan maggi,merasa la ayoh makan maggi haaa.

lepas makan, solat, i kuar dengan papa and Aniq.
Memang tujuannya nak g acri bahan basah 
nearest market Coles.
jalan kaki pun dekat gak, tapi sebab memula tak tahu, so drive ke sana n waze jer.




tengah bercuti pun kena buat kerja...kebetulan time ni ada staff minta transfer duit utk kiriman customer

kat apartment kitorang sewa, takder internet, so 3g pun takder kat hp Aniq, jadinya this boy mati kutu..so ngekor jer la kitorang dengan kebosanan.
kalau kat malaysia jangan harap laaaa


excited tengok kanggaroo meatball.


Dalam ni daging semua tak bleh beli...takder yang halal.
Ayam2 pun tak disembelih cara kita.
kalau ada pun ikan boleh laaa beli.
Tapi tengok ikan kat sini tak berapa berkenan so i beli sayur2 jer.
Sayur2 memang la segar, tapi harga pun boleh tahan 













ibu dan anak yang menjakun dengan self pay machine ni hehehehe.

Then dengan bantuan google and waze juagk, kitorang terus ke halal meat shop.
nak cari Ali halal Meat, jumpa Continental...hantam jer la



beli ayam sekor kat sini



Then patah balik ke tempat sebelah coles, pi woolworth pulak carik ikan.


hasil pencarian


So sampai rumah dah kul 6.
maghrib kat sana pukul 5.
Tapi tak rush sangat sebab dah niat nak jamak dengan isyak jer.

terus prepare dinner




Telur dadar, kari ikan tenggiri dan sayur campur goreng


budak berdua ni mana2 pergi mesti nak nasi

Dah lepas makan ini la yang terjadi.
malam tengok tv jer.

esoknya kami semua ke Sea World.
In sha Allah dalam next entry k.

Dah panjang sangat ni.












Tuesday, 23 June 2015

Gold Coast Australia Part 1: Preparation

Salam,

Semua tengah semangat share pasal resepi juadah berbuka puasa kan ...i jer sorang citer pasal vacation huhuhu.
Nak buat camana, kalau tak citer skang, memang takkan citer punya laaa sampai bila2.

Ok laaa...jom start.
Actually percutian ke Gold Coast ni memang last minute plan sangat2.
Dah banyak tahun i promised Aniq nak bawak dia ke Hong Kong Disneyland...rasanya masa dia darjah 4 lagi.
So everytime bila i sebut pasal bercuti, dia cam asyik ungkit janji lama yang belum i tunaikan .
Macam2 hal jadi yang buatkan kita terpaksa la tangguh2 jer plan.
Tengok la our life, tetiba this year i ada kat new place.

Jadi bila dah pindah sini, memang lagi la tak ada harapan nak bercuti sebab nak tinggalkan kedai pada staff jer without my supervision memang payah.
Tapi kita ni merancang, sebaik2 rancangan adalah rancangan Dia.
Jadi entah macam mana , dipermudahkan jalan , bila selalu snagat sebut nak tunaikan janji anak...Allah permudahkan bila mana i dapat seorang staff yang memang i yakin and percaya to look after the kedai while we were away.

Jadi i pun mula la survey tiket here n there semua pasal nak ke Hong Kong.
At the same time i survey for Gold Coast jugak...tapi tak terfikir nak pergi.
Then bila i cakap kat papa, dia kata choose la apa2 pun , dia ikut.
Bila dia cakap camtu memang lagi buntu.

Dia balik KL and i pun almost dah nak beli tiket ke Hong Kong when dia tetiba call and cakap, kita g Gold Coast laaaa...mok and ayoh ikut sekali..!
Uik...lepas dia citer semua2...i pun terus beli tiket ke Gold Coast utk kami ber 7.
5 of us and plus mok and ayoh.

Pendek cerita ,i beli tiket for penerbangan lagi two weeks and manage to get tiket yang tak lah mahal sangat.
And dalam masa yang suntuk tu laaa i buat arrangement for the car rental, hotel, theme park ticket and all .
Kereta sewa is a must sebab kitorang bawak my parents yang dah tak able to walk sangat.
Then i arrange sekali for wheelchair rental and alhamdulillah i manage to arrange semuanya right before our flight.
Papa helped with the visa.

Jadi persediaan utk pergi.

Tiket.
I naik air asia X  jer.

Pasport.
pasport utk ketiga2 anak i buat kat UTC Kuantan and ready in just one hour.
Both me and papa dah ada pasport yang legal for travel hehehe
Mok and ayoh , i balik KT on Sunday, a day after beli tiket and bawak them both renew their pasport




Visa;
Papa buat online jer
Guna this service thru ...http://easyeta.com/

Hotel
I google all around, dan memang hasrat hati nak stay somewhere kat Surfer's Paradise jer.
Google here n there thru booking.com and we decided for Breakfree Beachpoint,
Please baca detail pasal hotel ni dalam entry yer...sebab ada another good recommendation kalau ada yang berhasrat nak pergi.

Pic2 nanti i share dalam entry yer.

Car rental and driving
I made my booking thru http://www.familycarrentals.com.au/
Sangat profesional and recommended.
I ambik Toyota Tarago..kat sini Estima rasanya.
Sebab i tujuh orang kan .
Then i requested siap2 car seat utk both my twins.
Wajib ada car seat utk kids bawah umur 7 tahun.
car seat tak dikenakan extra charge.


Papa drive sendiri, tak ada masalah sebab right hand drive then driving license kita pun accepted kat sana.
Just bawak and showed them,..masa kat car rental tu pun dia ada ambik info and photocopy of our license.


Wheel Chair
I suppose ambik dengan car rental company, tapi dia replied me later that dorang tak dapat sediakan sampai dua wheelchair for us and diorang bagi kitorang contact no ke redcross utk rental di sana.
So papa buat arrangement for this , tapi bila sampai ke sana, kitorang tersalah redcross.
So kita call depa utk cancel and we went straight away to the right redcross, directed by the car rental company .

Reason nya kami ambik yang kat depa recommend sebab dorang boleh hantar kan the wheelchair back to the redcross bila kitorang balik M;sia nanti, as our ticket return awal2 pagi, mmang tak sempat hantar.

However sapa2 nak ke sana n need wheelchair tak yah risau kalau tak dapat buat arrangement dr sini,tanya jer car rental company yang u all ambik...they will recommend u tempat rental yang sesuai.
Tempat rental utk wheelchair kat sana ada banyakkkkk wheelchair...so no need to worry.


Theme Park Ticket
Bila pergi Gold Coast of course la sebab plan nak bawak kids ke theme park kat sana.
Now that they have two choices of theme park package yang boleh pilih
set 1: movie world
set 2; dreamworld
After google semua, i pilih movie world package .
Beli tiket online jer kat sini


Makanan.
I tempah apartment dua bilik yang ada dapur dan semua kelengkapan utk memasak.
Crucial sebab memang kena masak.
First, pasal kos la kalau nak makan kat luar pagi petang siang malam.

Second, my parents.
Susah nak berjalan and my father pulak sangat la fussy eater.
Takkan hari2 nak bedal kebab, mau dia bising ajak balik dan2 tu jugak.

Jadi antara makanan yang i bawak from here;
  • Maggi kari pek 5 x 2
  • Maggi ayam pek 5 x1
  • Mi sedap Goreng pek 5 x1
  • Lemang segera Nona 1 pek
  • Ketupat nasi segera nona 1 pek
  • Makanan ready Brahims ...
    1. sambal tumis 2 pek, 
    2. masak lemak 2 pek, 
    3. sweet sour 2 pek,
    4. kari ikan 2 pek,
    5. ayam masak merah 2 pek
  • Perencah makanan adabi.
    1.   sayur goreng 
    2.   tomyam
    3.   nasi goreng kampung
    4.   mee bandung
    5. sup bunjut
  • Serunding ayam agromas 2 pek
  • Sardin ayam 2 tin
  • Biskut Chipsmore
  • Teh uncang boh 10  uncang x 1
  • Kopi O uncang 10 x 1
  • Teh bunga 2 in 1...siap dah dengan gula pek 20 x1
  • Teh tarik Boh pek 10 x 1
  • Oat pek kecik
  • Ikan bilis pek
  • Mi lidi 3 pek



Barang makanan lain i beli bila sampai sana;
  1. Beras
  2. Gula
  3. Minyak
  4. Garam
  5. Kicap ABC botol kecik
  6. Telur
  7. Roti
  8. Susu chocolate ready for my kids
  9. ayam kat halal meat 
  10. ikan 
  11. sayur2













Prescribed medicine.
Then perkara lain yang ada dinyatakan ialah pasal ubat.
Penting jugak sebab bila i baca mana2 blog they said its important to have prescribed one.
So, jenuh la mikir prescribed macam mana,
Google pun depa cakap camtu jer...takder explain more.
So menggunakan otak bijak pandai sendiri....i assume kena g klinik dapatkan surat dr doctor mengatakn kita bawak ubat2 kita...as my mum kena bawak ubat darah tinggi dia semua kan .
Then papa cakap, prescibed ni maknanya u tak boleh la bawak store bought panadol semua..g la ambik paracetamol kat klinik.
Haaa, dua2 pandai2 sendiri.

So, a day before flight, i g klinik my niece yang kebetulan jugak adalah panel.
So dia sediakan semua jenis ubat yang patut i bawak utk travel.
Tapi dia cakap jugak, takder laaa kena tulis surat bagai.
And dorang tak check snagat pun .
Percaya jer la cakap anak buah i sebab dia memang selalu travel.

The list of the med;
  • paracetamol
  • ubat selsema
  • ubat sakit perut
  • ubat utk diarrhea
  • ubat sakit urat

and the same set for kids except for ubat sakit urat



Cuaca
Just check kat wetaher forecast , so kita get ready dah utk bwk pakaian.
In our case, it was winter.
Every day hujan..so agak termenung memikirkan camana nak g park kan ...but takper , kita redahhhh...1



Luggage
Disebabkan i sewa apartment yang i tau ada facility washing machine and dryer, so i tak bawak banyak pakaian.

Me
Dua helai kemeja 
Dua helai t shirt 
Sehelai Jeans
Sehelai trek (utk tdur)
Tudung 3 set
Pakaian dalam

Aniq and papa
Dua helai kemeja 
Dua helai t shirt 
Sehelai Jeans
Sehelai trek (utk tdur)
Dua helai short
Boxer dorang tak kira berapa helai
swim suit

Twins;
2 set legging x2
1 set baju tidur x 2
4 kemeja and shirt x 2
swim suit

Parents;
Dua helai jubah
dua set tudung
Dua helai kemaja
sehelai seluar slack
baju tidur satu set each
pakaian dalam

Dan masing2 pakai baju sejuk sebab kitorang dah check cuaca kat sana memang agak sejuk.
kebetulan its winter kat sana

Set toothpaste
Pencuci muka
Lens solution
mekap biasa2 i bawak


I beli 45kg luggage utk pergi dan balik...which i last minute tambah 25 kg...awal2 dah beli 20kg, papa kata ok dah, utk pergi, balik jer tambah...tapi being me, tak yakin kan , so beli jer both way.
Pergi , banyak lebihan, cuma 30kg jer berat semua
Tak ada hand carry sepatutnya, tapi papa bawak satu beg utk camera dia and my beg utk kids punya barang2 dalam flight
Balik, ngam2 45kg and ada sket kena hand carry.

I ada ambik pic macam mana i pack semua barang2 dalam luggage...
Tapi sadly i couldnot find the pic.....frusttt..!!
sebab i gigih amik pic..
I pack each person dengan each small bag.
Jadi masing2 tau dah beg mana that belong to who...so, i susun elok2 dalam luggage besar.
Each person ada dorang punya each small beg...
And one big bag of semua makanan i sumbat sekali

ok i dah jumpa pic





Others;
  • Sabun Taharah utk tujuan samak/sertu bekas2 utk masak and hidangkan makanan.I bawak dua ketul tapi seketul pun tak habis.
  • Head rest utk long hour journey in the flight..8 jam perjalanan, bawak kids and orang tua, memang banyak benda kena prepare..or u can rent from the air asia.Ada la charge yang dia mintak.
  • Kids entertainment.Boleh bawak tab yang dah siap semau dengan games and movie.I brought pencil colour, colouring book, pencil set and buku conteng2 for both my twins.Aniq bawak his own handphone yang dah penuh dengan movie.U also can rent from air asia x for the entertainment tab.


Ok...i rasa itu jer perkara2 penting yang ui listkan before i g.
kalau i ada teringat benda lain , kita sambung/sumbat citer dalam entry2 yer.











Sunday, 21 June 2015

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,

Yeaaa i know...dah 4 hari pun puasa....tapi better late than never kannn...
So to all...selamat menyambut ramadhan, semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dan sempurna dari sebelumnya.
Semoga juga ini bukan Ramadhan terakhir buat kita.

Tahun ni, Ramadhan yang sangat berbeza for me , sebab i dah fully stay here.
kalau sbeelum2 ni i masak every single day sepanjang bulan and never step param pun but this year, i tak masak sangat.
My first day or Ramadhan i berbuka dengan staff kat kedai..makan nasi and lauk yang i tempah for staff.
memang sepanjang bulan ni, we decide nak sponsor juadah berbuka utk staff yang bekerja, so i tempah dengan jiran yang meniaga kat sebelah rumah.
The first day i minta dia buat lebih as kita semua pun berbuka sekali.

Second day, papa buat nasi lemak and kita pun piknik la berbuka kat depan kedai sama2..




Third day, kita semua balik temankan mok dan ayoh berbuka .

Belanja pic tuan umah sekeping sempena Ramadhan.


Ini semangat nak balik berbuka ngan mok ayoh.
Wah skang balik KT sekejap jer, sejam setengah jer dah smp lalu LPT..heavennn...!!
Lepas sahur pagi tadi dah balik sini.

And today, i dah siap masak pun asam pedas ikan tenggiri for our iftar...errrr, sorry , papa yang masak actually.

Esok papa dah balik KL, memang i masak simple2 jer la nak berbuka berdua ngan Aniq jer.


Banyak cerita nak dikongsi lagi, few days sebelum tibanya Ramadhan, kita sekeluarga sempat bercuti ke Gold Coast...so sebelum jadi macam kisah Istanbul last year yang tergantung tak tahu penghujung, in sha Allah , this time punya vacation , i nak story bebetul dalam ni..nak share dengan semua ,. mana tau dapat jugak dijadikan reference .
In sha Allah, memang niatnya nak detailkan semua including cost  sebab percutian ni i arrange by my own,,,,takder pakai agent ke apa...

ok la, moga janji tidak tinggal janji..

later peeps.





Tuesday, 2 June 2015

Pasport si kembar


Salam,


This week sibuk..buat pasport budak kembar ni laaaa.

Very excited u...their first experience ever...hari2 laa duk tanya bila oplane kita sampai.....

Oplane kita la sangattt..!!

My mum cakap, sorang anak indon, sorang anak pakistan ..kui kui kui..

Nanti i citer panjang k pasal vacation kitorang next week..

in sha Allah, panjang umur....

Byeee

Saturday, 30 May 2015

Bento twin lagi

Salam,

Today i masih tak dapat nak sahre citer deko.
Just nak share bento my twin.
Sempat share bento first week of school jer kat sini..then dah berapa puluh minggu dah depa sek..i tak sempat nak share apa2.

Ada yang i ambik gambar. sebab memang niat nak berblog lagi hehehe...tapi ada jugak i tak snap pun ...so, meh share yang sempat snap k.


Maggi goreng, buah epal and sosej with mayo

bihun goreng, epal, and raisin

yang ni tak sempat pagi2, roti and butter n kaya jer, epal and raisin

ini pun kes sama, tak tau nak buat apa dah, nugget , tembikai and raisin

ini pun menu malas, french toast tabur coklat chip, biskut and raisin

bake macaroni and coleslaw

roti lapis daging and keju with blueberry muffin


roti bakar sosej ala mangkuk (suka hati ko jer kan )...and coleslaw

meatball, cheese , sos and biskut..

In sha Allah next time i share lagi k...dapat kita share2 idea..sebab nak buat bento anak ni memang boleh buntu wehhh...




Friday, 29 May 2015

Aleesa suspect leukimia...

Salam,

Hai , 
Baru dapat jengah...siang tadi busy sket...tengok2 jam dah 6.30, rush pick up Aniq kat sek.
Lepas maghrib i terus lepak ofis sebab banyak benda nak google and teringat blog belum update sedangkan semalam beria janji nak update huhuhu.

So, i tried my best utk update jugak BUTTT...maafkan laaa hamba sebab memang cannot cerita hal deko tonite...

Last 2 month i have tonne of pic that i snap..pic2 berkaitan deko my house, and since my hp penuh , i transfer to one of the pc that we used in the office.
Baru2 ni when papa bukak kedai baru , semua pc2 tu dah dipindah2...so i dont know which pc yang ada all of the pic.

I ve tried almost all of the pc that we had here and i could not find it ...
Memang rasa nak nangis but papa convinced me takkan hilang punya, nanti dia tolong carikan ....

So, meanwhile, i terpaksa la buat entry yang lain ..that nothing to do with deko...


Okay, since ada peluang sket tonite , i nak cerita pasal my dear Aleesa..si twin adik.

The stories start with very mild fever that she get.
Demam biasa...takder batuk apa semua.
After two days. demam tak kebah2 and start demam panas yang merisaukan .
I tak tidur setiap malam and tuam all of her body utk sejukkan badan...every 5 minutes sebab dah tuam badan tak sempat pun sejuk, terus panas balik.
Towel that i used to tuam tu pun kejap jer leh kering.
Papa masa tu balik KL.

The whole day tak celik mata, makan tak nak , minum pun refuse....

Poor her.

And this is kakak...first and second day demam dia ok, masuk third day, dia start risau kan adik..tak habis2 tenung adik

kasihnya kakak pada adik..memang boleh nampak that she is soo worried, maybe adik dia tak pernah lemah cmtu...dulu masa Aleesa accident tu dia belum paham, now dah besar kan 


I pergi nearest klinik, Klinik Dr Syed kat Balok.
First pergi, dapat ubat biasa, takder antibiotik, tapi again the whole day langsung tak kebah.
Next day i went for second visit and dr bagi antibiotik.
But after two day, it doesnot work at all...i start risau and went back to the clinin, kali ni doc ambik darah takut denggi kan .

The reading of the blood test agak pelik kata doc so he asked me to see specialist.
I seriusly blank sebab Kuantan is new place for me, kalau kat KL dah tentu i straight away to Pantai or Sunway.
So asked the doc and he recommend me KPJ, (Kuantan Specialist Hospital) , tapi katanya selalu penuh, so second place i boleh pergi KMC (kuantan medical centre)...but he said if any of the hospital penuh..sebab selalunya memang penuh, he said i might go to new hospital DMMC (Darul Makmur Medical Centre), tapi he said its quite far...

So i balik rumah, pack all of her clothes sebab dah agak memang kena ward punya..and about to go bila my sister yang kebetulan ada kat sini cakap nak temankan i.
It was 7pm masa tu.
Pergilah kami anak beranak without papa, replaced with my eldest sister to accompany me.

First pergi ke KPJ as i asked my niece, she also recommend me there...but sampai jer kat kaunter dia dah cakap awal2 dah penuh.

I tak nak wasting time pergi ke KMC so i make call and as expected pun penuhj.
Memang dah buntu sangat.
Ask for papa's opinion yang masa tu tengah kelam kabut nak rush balik sini.
He said no choice , kena la g DMMC.

So, there we went.
I use waze.
Memang unfamiliar place, jauh ke dalam ...dengan hujan lebat malam tu, gelap tak nampak jalan...hanya Allah tahu punya la i berdebar.
Syukur that my sister teman.

Ok, sampai hospital...kat sini laaa terjadinya peristiwa yang merentap jantung i.
Dulu kisah Aleesa jatuh , yang bagai mati hidup semula, i pernah cerita kat sini, pun dah cukup buat jantung terhenti...malam tu pulak sekali lagi terjadi.

Masa memula sampai pun i dah takut, hospital tu takder sapa sapa pun ok, selain kami anak beranak...at one section of the building, gelap gelita, maybe sebab takder orang, they tried to save budget kot heheheh.
But seriusly , i rasa cam nak kuar balik...takut jugak kan , boleh caya ke spital ni..??/ 

After register, nurse terus mintak check Aleesa dengan MO yang on duty malam tu.
He introduced me , his name is Dr Lee.

He did some check up  yang biasa, check suhu badan and tekanan darah semua , he asked me to sit.
It was only me and Aleesa dalam bilik tu.
Yang lain2 kat luar.

Then he told me .."sorry madam to tell u this, from this reading (referring to klinik dr syed test result), dia bukan demam biasa...sumting is not right , and when i said that, i mean its serius.."

Allahhhh...dalam hati i dah tak tau apa dah ..bergolak,sakit jantung.
I asked him calmly.."what do u mean by that...explain plsss.."

"Her what ever whatever whatever (panjang lebar dia explain which i cannot remember and tak fully understand but ada sket2).....this is the symptom of leukimia...yesss ur dotter memang leukimia"

It takes me few second to finally fight him..

"Sorry doc, but i think its too early for u to say that.
U refer to the test result from the clinic right, just now, the doc from klinik syed said, the result is not confirm, it might be due to the machine or such, so that is y he referred me here...i guess u should perform complete test to come out with this conclusion..AND (i tekankan kat ayat ni..) i might know nothing about medic, but basically i learn little bit and afaik, its normal that the white blood cell is high when u r not in good condition, in pain , in fever and such rite...?"

and guess what he answered me..

"I face many patient and i learn medic...so i know...!1"

Like hellloooooo...bukan kan u suppose to tenangkan i.

Bila dia nampak muka i tak puas hati then he said.

" i minta maaf to say this, tapi i cakap bena yang baik just to make u feel better pun tak guna ...baik u tau the truth.."
Like HELLL..!!!

Boleh bayang tak?
Kepala otak dah serabut, celaru duk pikir, betul ke ni...in denial pun , fight2 pun , deep inside Tuhan jer tahu risau , bimbang...semua ada..

Pendek citer, kitorang pun masuk la wad malam tu.
I called papa, confuse nak cakap ker tak, tapi hati tak senang so i cakap jugak.
He was kat temerloh dah time tu...
Tapi papa cam rileks jer, he said, takper , tunggu i sampai.
\
Papa sampai dalam pukul 11..memang agak laju la dia bawak, then dia dah siap belikan makanan utk semua.
Malam tu berkampung la kat bilik tu..sebab dapat sebuah bilik yang boleh tahan la besar dia...malam tu jugak specialist kanak2 masuk.
Dr Bangla,, dah tua, but ok laaa...not so bad.

Bila i cerita pasal MO tu dia cakap...its ok madam , dont worry sleep tight, she is ok, im sure she got nothing to do with leukimia..she looks active and healthy, her eyes shine , everything is good...!!
Tomorrow we'll let u know the blood test result.
Memang ada amik darah jugak malam tu.

The next day, dr tu masuk balik at 9 am camtu cakap result belum keluar, but petang at 5 pm,he came in and told me Aleesa kena lung infection , maybe due to her asthma kan .
Well, that few day before demam memang cuaca panas melampau and i ada biar dia main kat luar rumah, main basikal petang2 with kakak.
Area i dudukt u memang tak elok udara sebab kawasan kilang, lori2 angkut amang , so thats answered  laaa kan .
Then doc kata kena monitor her at least 4 to 5 day...so berkampung la i for 5 days there.



Hoping adik can play with her

waiting and waiting....


Kakak yang penyayang ...


Just look at how concern is she...

Yang ni kelakar, they both kan food lover, bila dia offer adik, adik refuse makan , dia pun look at me and when i said, u can have it...haaaa terussss ngap

Jadi nurse bukan kerja senang yer, kerja yang sangat memenatkan ...hehehe

Adik tenung pulak kakak dia tidur,dah takder nurse dia ..


day 5...looking better, even she still refuse any food and drinks, but maybe drip kan air ...sooo ok la sket

Day 5 tu petang tu baru check out, but still doc tak bagi dia kuar main kat luar, still need to monitor her and kena datang check up lagi after a week

Balik rumah sehari, Aleeya pulak demam sampai 3 hari, then doc bagi surat suh admit jugak,..Tuhan jer la tahu penat , risau semua ada.
But lucky petang tu dia nampak ok and kta hold dulu sampai next day , esoknya Alhamdulillah, dia dah ok.

So itu la citer pasal Aleesa.

sakit jantung mak nak pasal dia ni sorang..










Thursday, 28 May 2015

Back with new project

Salam,


Allah ..lama betul tak masuk umah ni....kunci pun dah hilang.
Dah masuk, bersawangggg!!.

Dah lama sangat dah tinggalkan blog...rindu dan asyik ingat jer, banyak benda nak update , nak story..pasal projek deko rumah laaa especially...tapi tak tau laaa what stop me from being here.
Masa...tak la busy macam masa mula2 pindah sini and trying to adapt the new environment..kids pun dah stable dengan new school and such.
Cuma sebulan lepas, papa set up new kedai and i need to handle jugak buat masa ni.
So ada dua kedai kena look after...terkejar2..tapi Alhamdulillah, kedai runcit dah boleh tinggal...even tak fully but ada la pembantu yang boleh diharap and percaya.

The second shop, sebelah jer dengan kedai runcit..kat situ we have services like bill payment counter, pos laju, city link, myeg , insurance, TM and Celcom registration, kita jugak distri for Maxis.Also kita buat service kiriman wang ke indonesia, pakistan and all laaa.
Ada jugak jual handphone and accessories.
Setakat ni kedai tu beroperasi from 9am to 11 malam.
Compare to kedai runcit from 7am to 12 midnight, tapi kedai baru ni agak "stress" sebab nak ajar staff guna banyak sistem kan .
However, everything dah undercontrol as for now.

So, i guess isu kerja tak der sangat la.
Family pun alhamdulillah, setakat ni semua nya baik2 sajer.
Cuma baru2 ni my dear Aleesa warded for a week kat spital ..later i share k

 This few week , i kerap balik KL ..boleh kata every week pun balik sana.
Rumah lama kesayangan saya dah selamat di handover to new owner.
Hopefully they take a great care of the house..
Then , bila balik sana isu jugak sebab selalu kena stay hotel, sebab malas nak stay ngan mama kat Rawang..jauh rasanya..so ending up, i dengan papa decide nak tamatkan kontrak sewa penyewa kat one of my apartment kat Bdr Puteri Puchong.
Apartment tu we both beli like 10 years dulu kot.
Beli jer dah ada penyewa...KFC Holding, they rent for their staff.
I sendiri tak pernah masuk dalam rumah tu...tapi itau macam mana design rumah tu sebab i ada another unit apartment yang sama kat next blok.
So bila penyewa keluar baru2 ni..i baru tau that the house tak ada tiles.
Dinding semua , tingkap and pintu, Alhamdulillah pihak KFC dah replace baru and cat semua.
isu dengan lantai jer and also takde langsung kipas and wiring kipas pun tak ada.
Kesian staff KFC selama ni tak bgtau apa2pulak.Yer la, they all pun thru HQ jer kan ...dah tak sampai to us...kita tak tau la citer.
Jadi itu la citernyer y i kerap balik sana..nak set upkan balik rumah tu, nak deko cantik2 and buat sikit reno like kitchen cabinet and lantai.
Rumah tu nanti akan jadi tempat kitorang bila balik sana.
Buat masa ni papa jer la stay situ sebab he's still there kan .
Rasanya kalau citer pasal sibuk, tu jer laaa.

Then hati ni melonjak2 nak story pasal deko apartment tu...pic dah ambik few la, tapi projek tu baru laa 50% siap.
Cita2 i ni memang tinggi..nak citer projek apartment tu kan , padahal citer rumah kat sini dah bertahun ditangguh kan ehehe.

In sha Allah , start from today k...
Esok i mula share citer rumah sini dulu yang mana tertangguh.


Till then...

Muaahhhh