love

love

Followers

Monday 10 March 2014

Umrah Ziarah Istanbul day 1

Isnin 17/2/2014

Salam,

As promised..jom start.
Actually flight kitorang on 17/2 (Isnin) pukul 11.30 malam.
Tak boleh nak kira as day 1 pun , but since memang itinerary nya start at 17/2 , i masukkan laaa as day 1...aci la yer.
Lagipun memang ada jugak sikit ehhh banyakkkk pic kat airport and dalam flight.

Kitorang kena berkumpul kat airport pukul 7 petang, and pegawai Andalusia dah call informed awal2 yang kita kena solat maghrib kat KLIA jer.
Papa kan sivik..hehhe, i dah cakap after solat pun  boleh sebab rumah kitorang bukan jauh dr KLIA , dia tak boleh laaa...dah janji kul 7, kul 6 dia dah nak terpacak kot.

So kul 6.30pm dah kuar rumah.
2 buah kereta u hantarr...meriah gitu...tu pun dr my house, then sebuah kereta gerak later..ngah and mummy dr rumah dia gerak lambat sikit..serba salah la pulak bila ramai2 hantar sebab kitorang ni g melancong dulu bukan terus buat umrah...tapi takper la since family mama and my parents pun semangat nak hantar..moh ler kita meriahkan KLIA tu.

As expected la kan , kitorang orang pertama sampai, masa tu pukul 7.20pm..memang tak nampak batang hidung sesapa pun kat situ...

I angkut sekali anak2.
I memang dah explained to my kids that both papa n ibu will leave them home with mok and ayoh for two week.
My twin tak tahu lagi two weeks tu selama mana but bila cakap that im goin umrah, depa faham sebab sama dengan opah upin ipin hehehe.
Nampak macam dorang faham and boleh let us go, but sttill i tak confident sangat, tho i bawak dorang, masa nak tinggalkan dorang nak masuk ke departure punya foyer tu, i pergi senyap2..dorang nampak siap bye2 jugak, tapi tak nangis sebab seronok ada sepupu2 lain and abang dia pun ada sekali kan .



Meriah airport tu dengan anak beranak kitorang jer.


Ngah tengah sembang with ayoh

My mok and mama




Dorang tak pedulikan ibu pun , sibuk berlari ke sana sini.
Later at almost 8 jugak baru ada pegawai andalusia and bila dah check in kan luggage, ktorang terus ke surau performed our maghrib and jamak sekali isyak.

Then by 9, pegawai Andalusia dah suruh berkumpul at one place , sebabada sikit taklimat from them.


So kenalah ucap selamat tinggal and mama pun mulaaa menangis.
Aniq pun berdrama air mata..nasib baik twin okay, kalau tak ibu nyer pun confirm melalak hahah.

Kitorang berkumpul kat area dekat surau dalam KLIA..ada lah satu stage before nak ke surau.
kat situ dikenalkan dengan mutawif yang akan lead our group.
Masa berkumpul tu nampak dah kenapa sket jer ni, ramai lagi ker tak datang, rupanya we were informed that we were lucky team, sebab member of our group for Ziarah istanbul 17 /2 tu cuma seramai 18 orang member including la mutawif..
Alhmadulillah small group senang sket la kan nak beramah mesra and nak bersama2 sampai ke Mekah nanti.

Selepas dah beri penerangan panjang lebar, kitorang kena berkumpul masuk by 10.30 pm camtu la.



Since awal lagi, i ajak papa dinner dulu.




Enjoying egg sandwich croissant at delifrance.

By 11.15 kitaorang dah mula masuk flight.

masuk flight jer terus bukak lens sebab memang nak tidur jer, takder apa nak buat lagi kan .
Kitorang naik Turkish Airways.
Nice jugak tapi compare dengan Emirates cnfirm Emirate la the best.

Dinner kita lebih kurang 3 jam after flight dah gerak kot, kalau tak silap laaa.


menu ada choice..

I choose beef and papa pilih ayam



Breakfast served at 1 or 2 hour before landing



Ini mineral water dorang..ngeri tak nak minum ..? hehehe

Journey to Istanbul mengambil masa about 11 hour.
Tapi sebab bertolak time tidur kan , tak terasa la bosan, masuk flight, layan satu movie, terus hanyut lepas dinner.
Sedar2 dah kejutkan utk breakfast.
After breakfast i tak sambung tidur, instead layan another movie.

Reached Istanbul Ataturk Airport pukul 5.30 pagi waktu sana la.


Perjalanan bila sampai Istanbul where we were brought to Bursa akan disambung in episode 2 yer.

#prayforMH370



3 comments:

  1. Ida.., sama la ngan my twin.., saya dan suami pergi umrah baru2 ni pun anak2 esp twin OK sbb cerita upin upin episod opahnya pergi mekah.. Banyak kesan positif daripada cerita upin ipin... kalau tidak bukan mudah nk terangkan dan bagi anak2 faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik juga kan kak...tapi diorang cakap opah pergi lama, ibu jangan lah pergi lama hahaha...Alhamdulillah , sampai balik pun dorang ok.

      Delete