love

love

Followers

Friday 7 March 2014

Aqiqah dan doa selamat

Salam,

Maafkan hamba penunggu gua..!! maafkan hamba penunggu gua..!!!
Huhuhuh.
Semalam after work, gigih angkut notebook balik tau, memang harapan menggunung nak update episod pengembaraan ke istanbul, tetapi...kita hanya merancang ..ekekeke, tak mampu betul nak upload pic2 yang berpuluh ribu itu.
Akhirnya, tidur pukul 3pagi,merapu duk blogwalk blog ong len.

Takper, demi menebus janji yang di mungkiri, jom kita citer kisah kenduri aqiqah my twin .

Aqiqah???yeaaa...i know, dah nak masuk umur 4 tahun budak berdua tu, baru ni ibu dia nak buat aqiqah ...biasa aaaa....Aniq dulu umur 7 tahun baru buat aqiqah lembu ramai2 dengan sepupu sepapat heheheh.

Plan awalnya bukan la nak buat aqiqah, tapi nak panggil orang surau depan rumah n kawan2 jer, nak buat simple jer doa selamat sket...dah cam adat la my family, nak g buat umrah/haji, ada la sket doa selamat kan .
Kalau buat family2 jer pun okay , tapi rumah i ni berdepan dengan pagar surau, tak proper sangat tak panggil orang surau, dah panggil orang surau, bukan sorang dua kan ....dah tu jiran2 ..kena jugak panggil...kawan2...family.
Ish fikir punya fikir, papa nak masak utk 100 orang.

Aish alang2 pun dah panggil 100 orang makan , baik laaaa terus kenduri terus.
Meh laaa tumbang kambing sekor, niat aqiqah terus laaa.
Nak buat dua ekor kambing sekali, memang la tak mampu nak buat time2 ni, mana nak duit nak g umrah, g istanbul ...

Last minute..dua hari sebelum nak wat majlis doa selamat, i called orang yang boleh sediakan kambing aqiqah siap masak.
Nasib baik dapat...terus suh dia masak kuzi kambing.

Plan kenduri Jumaat 14/2 malam nya.
Konon memula kan nak panggil family jer, takder ;laaa sampai 100 orang makan pun , tapi bila dah sampai 100 orang ni, i berkira2 sendiri..mana laaa depan nak makan ..kerusi dalam rumah ada laaa 10 biji, nak duk kat lantai, rumah sekangkang kera...fikir punya fikir, i suh papa cari jugak khemah.
Nka kenduri Jumaat , khamis pagi terhegeh2 nak cari khema...nasib baik dapat.

Khamis petang orang khemah dah datang...dia kata Jumaat budak2 dia tak free.
Hantam laaa labu.
Dah pasang khemah awal2..jiran2 mulaaa laaa pelik.
Amboii kenduri besar benar ni hahaha.

Mok , ayoh and abang wi pun sampai Khamis petang tu masa orang tengah pasang khemah.
Terperanjat la depa tengok siap ada khemah bagai, bitau dorang nak buat makan2 family jer.
Masa kitorang buat perubahan nak sembelih kambing tu memang takder inform sapa2..plan sendiri2 dengan papa jer.
Malas nak susahkan sapa2.
Dah tu mok tanya, sapa nak masak??
I cakap papa masak sendiri...sapa datang tolong?
i cakap, takder tolong2 malam ni kita sesama la kopek bawang..hahaha
Tepuk dahi mak i.

Alhamdulillah, petang tu lepas beli barang2 utk masak, mama datang, Awa pun ada...so gotong royong la apa yang patut yer.



Jumaat pepagi, papa ambik ayam yang order dr awal lagi.
Basuh n goreng subuh2 hari Jumaat tu.

Buat belakang umah jer

Alhamdulillah by tengahari dah siap ayam masak merah papa.
Masa ni papa dengan ayoh and ayah duk discuss apa ntah.

My other sister , Che Ngah pun baru sampai dr Trg

Lunch simple2 jer sebab malam dah makan nasi minyak.
Petang at 3, my sis in law, bini abang Wi tolong masak nasi.
Masak 20 kg beras..alhamdulillah , sedap nasi nya.
Orang pro masak pejam mata jer.
Nasib baik depa datang..kalau tak kelam kabut papa masak nasi sorang2.

Lepas asar, gotong royong pulak membentangkan tikar kat my porch, pasang meja bawak khemah.




Kak Yong helped saat2 terakhir, menyapu sampah


Budak berdua ni dah i mandikan , pakai kan baju siap2 n pasang upin ipin kat atas.
Alhamdulillah sampai habis kenduri sikit pun tak buat hal ..


Ini lepas maghrib.
Pak Ngah n mummy baru sampai 

Before tetamu sampai

Pak Ngah membantu saat2 akhir


Mummy n mama kat dapur tolong hidang



Ada kawan2 ofis papa yang sampai dulu, i suruh lepak dalam rumah jer.
Ramai pulak kerumun tolong jaga Damia, senang mummy nak wat kerja kan 



Ready nak sambut tetamu

Makanan pun siap hidang after Isyak



Tenang lagi masa ni hehehe


Orang surau dan tetamu start datang..mula tahlil and doa selamat.
Nasib baik kat porch depan ada kipas...tak la panas sangat orang2 surau ni depan porch

Separuh dah mula penuhi ruang tamu..ni semua tetamu2 pompuan


Mama tolong hidang another set dalam rumah utk tetamu pompuan sebab kat luar penuh sangat dengan lelaki

Dah boleh mula makan 



Berselerak makan kat dalam rumah..kat meja depan pun penuh jugak...nasib baik la bentang tikar , dapat jugak duduk2 makan kat sini




Aniq dan kawan2 

Alhamdulillah , makanan semua cukup and dapat pulak tapaukan sikti utk tetamu.
Harapnya semua tetamu berpuas hati laa.
Sayang tak dapat snap lauk pauk malam tu..betul2 tak sempat.



The next day, pagi2 makan roti canai and kuzi kambing balance kenduri .
Nasi lemak papa beli kat kedai and karipap frozen i goreng utk breakfast.

Ahad dapat rest sehari and dapat la masa mencari persiapan saat2 akhir utk berangkat .

Syukur sangat2 majlis selesai dengan baik and segala urusan dipermudahkan..baik sebelum berangkat ke Mekah sehinggalah selamat sampai balik ke sini.

Alhamdulillah.



1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete