love

love

Followers

Friday 16 November 2012

From Melaka to Pangkor...

Salam,

Haiiiii.
Im Back!!!

Syiok kan cuti lama .
My company bagi cuti straight from Selasa to Khamis so staff cuma perlu isi dua hari cuti, terus dapat full seminggu cuti yang panjang kan .
But ibu cuma amik sehari cuti on Monday, today masuk ofis...well for a reason hehehe..
Reasonnya semalam papa dah start outstation ke utara.
He maybe settle semua his work by Rabu ni.
So cuti panjang planned terpaksa la dishortkan n hopefully this is the last outstation yang panjang for him for this year...kesian papa, penat dengan kerja n still kena kerja luar lagi...Semalam pun dia berat hati nak tinggalkan ibu with kids, sebab time holiday kan when he suppose still at home tergolek with kami semua.

Well dalam masa cuti yang terpaksa dipendekkan pun , kami semua sempat ke Melaka dan Pangkor, n also sempat jugak visit Pusat Sains Negara yang kita semua tak pernah pun pergi before.
So Alhamdulillah, dapat jugak bawak Aniq spend his early holiday ni.

Balik dr Pangkor he spend his time kat rumah mummy plak since Mama masih ada kat sana.
So tinggal la ibu berdua with twin semalam lepas hantar papa ke ofis, sebab papa akan naik company's car from his office.
Suppose colleague papa akan amik kat rumah cam selalu but since sebelum cuti hari tu papa terbawak balik kunci kereta tu, dah kena laaa semalam kita semua hantar papa ke KL.
Sampai ke rumah kul 10 malam , n lepas twin tidur, ibu terkelip2 tak dapat tidur sampai kul 2 pagi.

Okaylaaa,jom kita layan kisah cuti kembar n Aniq baru2 ni.

Saturday, kita cuma spend time kat dewan depan rumah, sebab budak kembar berdua tu buat persembahan utk their tadika perfomance.
Sunday plak, ibu bring kids to Pusat Sains Negara, its more to actually nak bawak Aniq, since dia memang minat sangat dengan science ni...but surprisingly, semua enjoy jugak kat sana including la budak kembar berdua tu.


Idea nak g Pusat Sains tu sebab papa dah tersalah jalan masa nak balik dr Ikea sunday tu, sekali nampak signboard PSN terus laaa melencong ke sana hahaha, nanti laaa ibu share kisah tu.

Monday pagi2, we went to Melaka, n plan asalnya from Melaka nak straight balik Muor n spend holiday kat rumah mama sebab Rabu papa kena ke Melaka lagi
Syiok jugak malam2 nak melepak kat Tanjung, makan mee bandung kan.
So Mama yang memang ada kat KL ikut Nana, pun join sekali la ke Melaka, sebab pastu nak balik Muor kan .
Muka budak happy nak jalan2


Sekalinya papa cakap,dia kena cancel Rabu punya plan kat Melaka atas few reason .
So bila tanya mama nak balik Muor ke nak ke KL, she said tak mo balik Muor, buhsan.
N  tak mo balik KL jugak..aduhhh, habis mauuu ke manaaaa????

Disebabkan dr Melaka pun agak lewat, kalau nak kemana2 dah tak sempat, so malam tu balik rumah dulu n tidur.
Esoknya, Selasa pagi2, semua bangun n bersiap...
Hubby kata yokkk ke Pangkor as mama never been there.
Ibu n papa dah pernah pergi sekali, masa honeymoon dolu2.

Aniq pun tak pernah pergi jugak, so ok laa...yuk ke Pangkor

So pagi2 gerak..

Aleeya kat depan with ibu..bergilir2 dengan adik..kadang2 dua2 kat belakang..tak dapat bawak diorang punya carseat kan, so membuas laa dalam kereta..sambil enjoying persimmon

adik pun makan persimmon...kalau bawak budak berdua ni, bekalan makanan kena cukup sebab asik nak ngunyah jer.Aniq n Daniel kat belakang asik duk main, pastu bergaduh


K, kakak nak duk belakang pulak..pening kepala ibu

Peace bu...


Sampai ke Lumut, lewat jugak...sebab banyak tempat menyinggah, n papa plak ada tersilap jalan

Sampai kat Jeti ni, ada la satu budak ni duk promot2 suh amik pakej siap2, sebab kitorang g masa Deepa vali kan, takut sampai sana payah nak deal.
Malas nak pk panjang, hb amik jer pakej dengan budak tu.










Happy Aleeya naik feri..dorang cakap 'bot'







Bila sampai, terus cina yang pakej kereta sewa tu pass kereta.
Dr situ kitoang terus ke Teluk Nipah sebab guest house yang kita book dengan pakej masa kat Jeti tu area situ.

Hornbill resort.(pic from google)
Ok laaa tempat ni..betul2 depan nipah bay, lintas jalan kaki dua tiga langkah dah leh terus terjun hehehe, depan tu la semua nya, tempat makan , minum lepak, jet ski ker apa ker...so tak yah g jauh2.
Sewa kereta pun buat rugi jer hheeheh..

After masuk bilik, terus Aniq ajak papa mandi, so ibu pun tukarkan jugak baju budak berdua tu sekali.
dah ada kat sana kan, apa aktiviti lagi kalau tak ke pantai...
Tapi ibu cuma temankan budak berdua tu main pasir jer sebab bagi ibu utk mandi pantai, not really me laa!!
Ibu kan phobia laut.


But finally budak2 pun dapat mandi, accompanied by papa...ibu pun sempat la basah, tapi ka
t gigi air jer, tu pun dah gigil takut hahahaha....








Lepas mandi, semua kebulur, balik bilik, tukar baju, terus kuar, lintas jalan , makan jer kat stall depan


Budak berdua ni dah kenyang, masa semua tengah mandi, ibu siapkan dorang n suap makan awal2, so by the time orang semua makan, dorang dah kenyang n tak mengacau lagi






Dari tempat makan, leh nampak terus ke bilik kitorang kat guesthouse depan tu



Nice kan...

Lepas balik bilik, rehat2, settlekan apa patut, lepas maghrib, papa bawak semua round2 Pulau naik kereta...balik dr round2 ke pekan tu, lepak plak lagi makan rojak.







Then balik bilik, layan tv sampai tertidur.
Bangun pagi2, jalan kaki depan resort, ada stall jual roti canai n nasi lemak n kuih muih.
So bekpes la dulu

My nasi lemak...tak sedapppp, tapi habis gak sebungkus , lapor muahahaha




Inilah stallnya, penuh weh orang pastu..












Budak berdua ni ajak mandi lagi




So abang2 n papa mandi, while ibu sekali lagi just sit down temankan budak2 main pasir.




Mama tak mandi hari ni, semalam dia mandi with papa n abang2...today dia malas nak pakai baju basah..so jom main buaian


Sangat syiok ini budak main pasir 




Pastu papa ajak ibu main jet ski...ibu refuse, so dia bawak Aniq n Daniel round2 pulau.






Then after lebih kurang setengah jam , dia balik n pujuk ibu naik.
Budak yang sewakan jet ski tu pun duk pujuk2 suh ibu naik.
So finally ibu naik jugak, tapi dalam 10 minit je kot sebab asyik suh papa cepat2 hantar balik ke pantai...

Budak berdua diteman mama

After semua dah puas mandi, balik bilik n kemas2 nak balik .
Before that singgah dulu kat Fort Dutch.






Beria ok dengan spek diorang...tak mo lepas2..








Iya cakap.."anassssh la papa" hahahah

Ok..satu2nya pic tuan blog yang dah tak sanggup masuk gambar sebab papa kata, kalau nak snap pic, penuhhh satu pic..sebab gemuk....haishhh




Ok dah, jommm balik 










Sampai KL pukul 6.
Malam tu melepak kat rumah Ngah.
so terus Aniq stay rumah mummy .
Tak mau balik sebab mama tidur sana.

Khamis, ibu , papa n twin  pagi2 keluar breakfast
Bergaya sakan dengan spek dorang, pantang hilang spek tu, manjang diusung

 Cheeky Kakak

 Notty Adik

Makan kat Old Town Bandar Puteri

Then balik, bergolek kat rumah...layan movie, lunch hour, ibu buat simple nasi lemak jer..makan dengan sambal papa yang papa buat awal2

Layannnn..pastu bebudak tidur sampai petang, ibu tolong papa pack kain baju.
Malam ibu hantar papa ke ofis kat KL n balik rumah .

Today dah masuk opis sebab kalau duk rumah pun takder apa ibu nak wat.
So baik save kan cuti utk hujung tahun pulak kan ...so bebudak hantar skul pepagi tadi.
Sian, tapi esok kita cuti lagi yer sayang..golek2 kat rumah...!!































No comments:

Post a Comment