love

love

Followers

Wednesday 5 September 2012

Ayuh mulakan balik..!!


Bila laaa nak start balik diet ni eh???
Hari tu masa kat USIM , hantar anak buah..ada cuba2 test health tu kan .
Guna machine dia tu.
Pastu cek semua laaa, gula, kolestrol dalam darah sekali.
Dua tiga kali kena cucuk hujung jari tu.
Masa cek kolestrol, dua kali kena buat, sebab darah tak mau kuar.
Gila takder darah..
Tapi alhamdulillah, bacaan kolestrol aku cantik.
Bacaan darah jer agak rendah.
Tapi maybe sebab penat sangat masa tu.
Plus puasa lagi pagi tu

Aku punya berat adik medik tu timbang 61.5kg...cehhh, bila laaa nak tukar angka 5 cam dolu2.
So dia kira BMI aku...24.6.

so ni range aku

BMI Categories:
Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obesity = BMI of 30 or greater

Normal weight, tapi di hujung tanduk dah sangat.
Dia cakap kalau aku leh duk range 20 ke 22 mesti ok dah.
Rasanya few kg jer nak kena turunkan to get that range.
Nak turunkan few kg tu sket jer kan bunyinya, seksanya macam haperrr!!
Tapi laki aku cakap, masalah aku bukan BMI..berat badan ideal ker whatsoever...but inches..kat peha, kat perut, kat pinggang...all the love handle area...aduhhhh...berat seiii....itu kena exercise banyak2 tuu...

Macam biasala kan bila talking about diet with fren yang very2 supportive ni, semua pun nekad..ayuhhh kita bersama2...jom...i'll support u.
Gigih laaa semua.
Dulu wat atkins...gigih ko, pepagi aku masak wat bekal.
Tahan laaa kejap.
Tapi berjaya la jugak turun sket.
Pastu mentekedarah balik..tak kira pukul...tengahari , malam, tengah malam.
Dah duk depan cermin, borak2 ngan member, insappp.
Ayuh kita jangan putus asa, mulakan balik.
Gigih..bulan poser, pi shopping salad, batang sederi, mayo takder carbs, segala sos takder carbs, berhabis duit takyah cakap laa...puiii!!
Batang sederi, daun salad , tomato kecik comel tu..semua membusuk dalam fridge...berbuka puasa bedal gak nasi...haram laaaa nak kurus .

Tadi semangat lagi.
Kali ni ayuh kita tukar strategi kawan2.
Kalau rasa atkin tu cam berat sangat (not for me..im ok with atkin)..kita buat low calories jom.
So gigih lagi, tadi pi la shopping.


Konon nya ni utk breakfast.
Untuk lunch, memasing nak bawak bekal.
No nasi.
Lauk2 ok, atau sandwich jer..with roti gandum ker jer, atau coleslaw or whatever but low calories kononnya.
petang nak wat aerobik, kat opis ni jer.Atau jogging kat bawah.
Esok nak start...
Kita kasi laaa tempoh sampai Jumaat depan tengok camna kan ...
Nanti aku update muahahaha.


No comments:

Post a Comment