love

love

Followers

Thursday 13 September 2012

Anak2 tinggalkan ibu huhuhu...

Salam,

Hb outstation 4 hari.
Kalau takder apa , Ahad kot balik.
Petang semalam Mama dah nak gerak balik Muor.
Ikut Nana dah abis kursus.
Malam sebelum mama tu duk tanya hb aku leh tak nak bawak budak2 balik.
Buhsan katanya duk umah.
Aish, bila hb tanya aku..aku tak jawab.
Mama faham kot.

Bila g kerja semalam, aku rasa kesian pulak kat Aniq.
Dia cuti sek sebab budak2 UPSR kan.
Sampai Isnin depan, sambung sekali cuti Hari Malaysia kan .
Kalau aku g kerja KHamis Jumaat, Mama dah takder, Aniq camner.
Dah kasi Aniq ikut mama, hb kata alang2 biar laaa mama bawak twin balik.
Leh tengok camana, leh ker twin tu tanpa aku.
Kalau boleh senang laaa nak plan jalan2 tahun depan.
Cadangnya nak g umrah...tapi memikirkan twin kan.
Kalau dia ok kat rumah mama tanpa ibu, ok laaa...

So hb call mama, suh bawak bebudak balik.
Excited mama, terus pack kain baju.
Entah apa mama hangkut aku tak tau, sebab aku kat opis.

Semalam balik rumah, ajak Alin dan Cheda temankan aku kat rumah.
So dorang ikut aku balik.
Berteman la semalam...malam ni dorang dah taklleh temankan aku..aduhhh sunyi laaa.
First time ni sejak ada kembar, dorang tinggalkan aku.
Semalam ntah berapa kali aku bangun tengah malam, sebab terdengar2 suara si Ica merengek.
Tak senang hati aku sampai pagi terkenang kan dorang.
Baru satu malam, punyalah rindu.

Nak menunggu sampai hb balik Ahad, tak tertahan.
Kalau takleh tahan, esok habis kerja nak terus la balik Muor amik dorang.
Pepagi tadi call mama, tanya khabar dorang.
Mama kata semua ok, takder merengek , takder menangis cari ibu pun.
Aduihh, anak2 ibu tak rindu ibu ker hehehe.
Ibu jer sampai takleh tidur malam rindu...

Pic2 dorang sepanjang mama kat rumah.
Sooo manja, especially Aniq, yang masih mama suapkan makan.








1 comment: