love

love

Followers

Monday 11 April 2011

Cheesecake

Salam,

Chilled cheesecake adalah my fav..opsss tipu, baked one also my fav..anything with cheese...semua adalah my fav...since nak beli kat secret recipe selalu, agak costy kan..so kena belajar buat sendiri...so belek2 laaa kat blog masak2 pakar2, like blog kak ummi, blog kak hana n blog mat gebu...then , beranikan diri try buat..percubaan pertama yang berjaya, enjoyed by my family masa ramai2 datang umah aku for wedding reception anak buah few month ago.Setiap kali aku nak buat cheesecake , aku make sure, ada tetamu,or aku akan bawak pi umah adik badik aku ker gitu laaa..sebab kalau takder sapa nak makan, potensi utk aku makan sorang sebiji cheesecake dengan 250gm cheese cream n 200gm whipping cream itu adalah sangat tinggi...dan itu menakutkan aku, maka aku akan buat bila ada yang nak makan or ada tetamu saja.

Meh aku share pic dulu...


This is my first try...rasa sedap, tapi rupa hancus..aku jamu family aku yang datang umah aku masa wedding tu

tengok la base yang tak berapa nak 'bersatu'

second time , aku buat blueberry , aku bawak umah adik ipar aku , Ngah n enjoyed by my family in law, especially my FIL
ini third one, comel sket, siap buh stoberry lagi...bawak ke opis, jamu kawan2

base dah comel sket

simpan sket buh dalam cawan, left it dalam peti sejuk utk abang Aniq.Bila dia balik sek petang esok lepas aku buat, dia terus bedal..n marah aku sebab tinggalkan secawan tuh jer utk dia..hehehe


Anak buah aku, Ct yang bertunang last month asking for recipe, n i did give her thru YM, then anak buah lain pulak asking for that, then my opismet...penat la aku nak kasi kat sorang2...so i will share the recipe here..i got this recipe from Kak Hana yang baru balik dari Jepun...but, percubaan pertama ku ikut laa..yang seterusnya, aku main bantai letak apa yang ada dalam stok aku jerk...



Bahan-bahan
Untuk base
  • 80g biskut merie or etc - aku guna 120gm rasanya, n aku guna biskut merie perisa coffee, lagi sedappp
  • 50g butter - cairkan -aku guna dalam 80gm rasanya, tak sukat pun, agak2 dengan bskut tu jer
Utk cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain -aku guna 200gm yogurt buah yang low fat,tengok stok laa, kalau ada plain yogurt, aku bantai jerk
  • 90g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - aku guna blueberry/stoberry filling jer...yang ni utk buh dalam cheesecake tu, utk marble kan
Utk jelly topping- ni tak ikut kak Hana, aku bantai jerk sendiri,nampak dr blog sapa ntah ,aku lupa, jadi aku pun reka laaaa sendiri2 sesuka hati

  • 3 sudu besar bluberry filling
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 15gm gelatin halal
  • 60gm air panas
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm (aku guna yang besar sket, sebab tuh jadi nipis). Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Utk topping tu pulak, aku buat selepas sejam atau lebih cheesecake tuh duk dalam peti ais,memula bancuh gelatin dengan air panas.Suamkan.
Dalam bekas lain , aku masak filling tadi dengan gula n dua sudu air tuh sampai agak semua dah bercampur n aku tuangkan pulak bancuhan gelatin yang suam tadi tuh dalam campuran tuh.
Kemudian tuangkan atas cheesecake dr peti sejuk tu..kalau nak hiaskan dengan  buah..hias dulu baru tuang jelly topping tu.


Selain tuh, aku jugak pernah buat,cheesecake without biscuit base..buh terus dalam ramekin...cam ni

resepi yang ni, lain sket....memang kaya dengan cheese saja2..special utk my son...n ada kawan2 dia datang kat umah itu hari.

Bahan2
  • 150g cream cheese
  • 150g whipping cream
  • 30g gula
  • 1sk lemon jus
  • 10gm gelatin halal
  • 50ml air panas
cara nya sama seperti nak buat cheesecake biasa kat atas tu..tapi aku buh dalam cawan/bekas ramekin tu, n nak makan, kena ceduk terus dengan sudu.

ok, dah abis utang resepi yerk.. fuuuhhh

Daaaa



3 comments:

  1. mak dik..along craving tgok gmba jer for ur strawberry cheesecake..nt klu dtg umh tolg bt..nk nk blja skli..huhu..xreti bce resipi jer...application nyer bila i dah married in 4 year later...hehehe

    ReplyDelete
  2. buang karan aku duk kasi resepi..aku jugakkk kena buat...hampeh la lu

    ReplyDelete
  3. itu lah bergunanya mak sdare yang pandi msakk...i like!!

    ReplyDelete