love

love

Followers

Tuesday 4 June 2013

Tangkak, Melaka, KWC, Tasik Idaman..banyaknyaaaa nak citer


Salam,

Panjangnya rasa cuti kali ni.
Padahal Monday jer sehari.

Jumaat after work, i terus balik Muor.
Suppose balik Kuantan, ambik mok dan ayoh , nak bawak g Ipoh, kenduri rumah sepupu..anak sedara ayoh kat sana.
Tapi awal2 mok telefon Jumaat tu kata tak jadi.
Dia tak larat.

Takper, tukar plan.
So balik Muor, sebab sedara papa pun kenduri on Sabtu.
Kahwinkan anak pompuan dia kat Tangkak.
Plannya dr Tangkak terus ke Kuantan , nak lalu Muazzam Shah.
So, ambik mok ayoh Sabtu, bawak datang our house kat KL.

Balik Jumaat malam ke Muor.
Esoknya ke Tangkak, attending kenduri kahwin tu kat Dewan apa ntah somewhere di Tangkak tu la






Seronok nampak budak bertiga ni enjoying food.

Pelamin.
Kitorang awal sangat, belum start bersanding.
Ingat pas makan nak terus la ke Kuantan.
Sekali PakLang (my bro) call bitau tak payah datang Kuantan ambik mok ayoh.
Diorang satu family nak ke KL , bawak anak jalan2 cuti sek, so mok ayoh akan ikut sekali.
Diorang nak datang esoknya.
So Saturday tu free la kan .

Tak pasal2 kita semua pun plan la nak jalan2.
Nana sebuah kereta with uncle.
Mama ayah n Firdaus sebuah kereta.
Kami sebuah kereta.
Konvoi la 3 kereta, memula ke air terjun Gunung Ledang, tapi dah masuk ramai snagat..keluar balik.
Tukar plan..g melilau2 ke Melaka..takder arah tujuan sangat, saja2 buang masa.
Budak2 kepenatan lepas kenyang makan nasi kenduri kahwin hehehe
Dah malam baru balik Muor balik.
Singgah jap makan ikan bakar kat Umbai .
Malam tu takder aktiviti pun .
Geng lelaki layan bolah Kelantan vs JDT.
I tidur jer ngan anak2.
Pukul 6.30 pagi, i kejut papa , terus gerak balik KL.
Kena cepat sebab Pak Lang pun nak bertolak dr Kuantan pagi ni.

Sampai je rumah, terus pi kedai beli lauk pauk.
Papa masa kari kepala ikan, goreng taugeh , ikan dan ayam jer.

Elok je dorang sampai waktu lunch.
Lepas makan, takder kerja, melepak2 depan rumah sembang2.





Petang, i buat cekodok pisang utk minum petang.
Kopi O tu wajib utk ayoh.

Budak berdua happy sebab maklang belanja makan aiskrim .
Kalau dengan ibu dia, payah nak dapat hehee, sebab si adik kan ada semput..so jarang2 i lepaskan dorang makan aiskrim.

Malam tu, mok ayoh dan bibik Ayu jer tinggal rumah.
Lain2 semua keluar ke IOI.
Sesaja nak menonton wayang.
Punyalah tak tau nak tengok citer apa, layan jer la Jurassic Park 3D.
Takder la best mana, sebab citer lama kan, cuma ada 3D jer kali ni.
Lepas movie, maklang belanja makan then terus balik.

Esok pagi2nya, Isnin..i cuti.
Papa pun cuti.
I cuma goreng roti canai segera.Sebab ada banyak kuah kari semalam.


Budak2 makan nasi lemak pak lang beli.
Sambil piknik depan rumah.



Lepas makan , borak2 sampai pukul 11.

Lepas tu baru gerak, temankan family Pak Lang ke Kenanga Wholesale .
Ingat anak2 dia nak shopping baju.
Tapi takder satu pun berkenan.




Cuma beli kasut je sepasang sorang .

Then kita g lunch kat Ikan Bakar Bellamy.
Nasib baik dah pukul 3, tak la rimas dengan ramai orang.
Selalu lunch hour on weekday kat situ sesak.



Lepas makan, siar2 kat situ jer, gatal2 nak mengambil pic.
After that, dah tak tau nak kemana.
nak balik rumah, kononya awal sangat.





Dah melilau2 laaa sampai ke sini.


Mak lang and anak2

Malamnya, kita semua keluar makan kat Taman Tasik Idaman pulak kat Bangi.

Ini bukan kali pertama i ke sini.
Last time pernah bawak ayoh mok, mama semua makan2 sini.
This time saja la nak bawak mak lang n paklang kenal2..kot2 dapat idea utk restoran dorang ke kan .
Bestnya kat sini sebab boleh karaoke.
Papa kan suka karok2 ni.
Lepas tu ada pulak tempat makan kat bahagian terapung atas tasik
Boleh google pasal restoran ni kalau sapa2 minat nak tau lebih.






Stage utk karok

Kami sampai awal..so tak ramai orang.
Tu pun kena book awal takut takder tempat.
Selalunya pukul 10 malam ke atas, mesti penuh sebab karok mula pukul 10 malam .
Kami datang tu , siap makan dah pukul 10.
papa tak sempat nak sumbangkan lagu hehehe sebab ayoh dah ajak balik.hehehe


Sempat snap ni jer.
Pastu phone pun kong hehehe.
Yerla one whole day duk ambik pic.

Penat nya bila sampai rumah.
Hari ni pulak dah start kerja.
tapi kerja dua hari jer.
Khami dah cuti panjang pulak hehehe.
Seronoknya rasa.
Plan nak bawal mok ayoh ke Bandung Khamis ni.
Tu yang kena cuti panjang.
In syaAllah, kalau dah selamat pergi dan balik,nanti I share.
Nak g Bandung tu tak le excited sangat sebab kita dah salah pilih date , kena time cuti sek kat sana, so confirm sesak..tapi yang tak sabar snagat sebab nak bercuti panjang..
Arghhhh heavennnn!!!


No comments:

Post a Comment