love

love

Followers

Wednesday 6 February 2013

Helper/maid/bibik

Salam ,

Setahun lepas masa kat Kinrara ibu kat rumah dibantu oleh sorang helper.
Daily maid yang datang pagi pukul 7 pg dan balik pukul 7pm .
Masa tu budak berdua twin tu babies lagi..masih dalam pantang when she first start kerja dengan kita.
Alhamdulillah sepanjang setahun dia jaga budak berdua tu, budak berdua tu sayang dengan dia.
Walaupun banyak kerja2 rumah terutamanya melipat dan menggosok baju tak sempurna seperti yang ibu harapkan, ada nya dia memang banyak meringankan kerja2 rumah ibu pada masa tu.
Dia pulak selalu willing to stay n bermalam if i have to leave the kids untuk urusan2 penting.
Bab disiplin kerja pun memang boleh puji, setiap pagi at 7am, dia mesti dah terpacak kat rumah.

Lepas we decide to pindah jauh dr Kinrara, i asked her if she nak ikut n kerja dengan kita lagi but she refused.
Yer la, dia selesa duduk rumah menyewa with fren, n malam2 after work with me, she still kerja kat restoran depan rumah.
Weekend pun dia kerja cuci rumah orang n dia punya income sebulan ntah berapa laaa kan .
Kalau ikut kita n stay terus with us, kebebasan dia pun terbatas, income tak dapat laaa nak lumayan like dia kerja banyak2 kerja tu.
So we respect her decision .

Susah juga la ibu nak dapatkan babysitter utk budak berdua tu.
Dan Aniq pun ibu terpaksa korbankan sekolah agama since takder sapa kat rumah n my office sangat jauh dr rumah.
Duduk kat rumah babysitter pulak, banyak hal jadi, sampai muka anak2 pun luka, pecah jatuh tersembam kat jalan tar, kuku lagi tercabut, so ibu decide pindahkan anak2 ke proper nursery/taska.
Alhamdulillah, lepas hantar ke Tadika tu budak2 nampak lebih sihat, lebih cerdik n dah boleh balik baca ABC , membaca Iqra', baca doa makan  semua.
Cuma sumtime , ibu n papa balik rumah tersangkut dalam jem, dah malam baru sampai rumah.
Budak2 pun dah terpaksa dibawak balik ke rumah cikgu sebab tadika tutup.
Walaupun tak la hari2 macam tu, rasa tak selesa n kesian kat dorang.

Soal kerja rumah, walaupun penat , balik kerja kadang2 dah malam baru sampai..ibu still manage to buat apa yang patut.
Kain baju masih berbasuh, berlipat baik dalam almari.
I still manage to prepare breakfast utk Aniq..lauk tengahari dia n sempat balik prepare him his dinner.

Rumah pun boleh laaa...nak kata bersih berkilat tu tak la, tapi lantai tu takder laaa rasa berpasir, dapur pun lepas masak, still ibu sempat lap n sinki takder laaa pinggan mangkuk kotor.
Katil pun lepas bangun tidur, cantik berkemas, sebab masa papa mandi, ibu cepat2 kemas2 kan  katil.
Jadi rasanya bab kerja rumah pun ,papa cakap "sangat sempurna" dah for working mum like me.
Dia pun always kagum that i manage to do everything...tapi actually, ibu memang rasa penattt sangat2...cuma bila manage to do semua tu, hati rasa puas n penat tu rasa hilang gitu jer.

Sambung cerita helper tadi, sepanjang setahun without her, dia ada few time telefon bertanya khabar, n ada sekali dua dia dtng ke rumah kita n bermalam sebab nak lepaskan rindu pada budak2 berdua tu.
Selama setahun tu dia kerja cleaner with one company n dia dah ikat kontrak utk setahun.
Dia few time jugacakap that bila dia habis kontrak , dia nak kerja with me lagi n willing to stay kat rumah kita with us.
Tapi ibu memang tak ambik pusing...tak mahu meletak harapan mulanya, but now since dah setahun, i start to feel comfortable without stranger in the house.
Alhamdulillah, bagi ibu, semua dah well manage walaupun tidak sempurna.

Masa ibu balik bercuti n gathering wth family utnk hantar my sister umrah tu, she called us few time , tapi kita semua dah sibuk, tak dengar bunyi phone pun .
So she smsed me n bagitau yang dia nak datang rumah kita, menjenguk budak.

Balik dr KT, kita terus pergi Kinrara n pick her kat situ.
Bawak dia balik ke rmah.
Rupanya dia kata dia dah habis kontrak kerja cleaner tu n dia nak kerja with us balik.
So she asked me laa, masih sudi ker mengambil dia kerja n perlu ke nak pakai helper lagi in the house.

It was quite a big thing laaa for us, sebab we didnt plan pun to have helper at this moment.
Dah comfortable plus kita punya next plan pun banyak, to do macam2 , nak jual rumah semua kan .
So papa explained to her apa plan2 kita, n dia sanggup ker follow nanti.
She said yes.
I said give me time sampai this weekend n meanwhile, dia stay dulu as guest kat my house until i cakap ok.
If i agree, dia nak ambik barang2 dia laa..if tak pun , i kena la hantar dia balik ke rumah dia di Kinrara n dia akan cari kerja lain la.

So, dua hari with helper...walaupun i cakap u r just my guest, since dia pernah kerja dngan kita, dia dah tahu what to do n what not.
Balik kerja, my baju2 semua dah berbasuh n berlipat.
Aniq pun senang hati ada peneman kat rumah, menyediakan dia apa yang dia nak.
Budak berdua tu, biasa laaa, si kakak memang tak selesa with stranger, maybe dia pun dah lupa.
But si adik wahhh, sangat2 la manja , nak berdukung n nak tidur with bibik.

Cuma bila kat dapur, rasa so tak selesa, dapur tu sempit, kta kat situ, dia pun kat situ.
Papa masih tak rasa laaa camana beza ada ker tak ada helper sebab dia dah ke KT malam semalam.
Ibu ni kat rumah, serba tak kena, nak disuruh2 buat kerja, memang tak boleh...nak berbaring terlentang bergurau with kids, rasa pelik pulak bila ada yang menengok hehehe.

Cuma pagi tadi, lepas siap2 mandi n siapkan breakfast utk Aniq, nak cuci pinggan n sapu sampah, dah tak sempat buat, semua dah berkilat hehehe.
N masuk ke kereta takder la mengah n berpeluh macam selalu.
Rileks jer driving to office.
lampu jalan pun masih menyala...awal2 pagi dah boleh keluar n sampai ofis awal.
Anak2 berdua masih tidur, tak payah la ibu kejut n memujuk, bergurau dulu utk mandikan n pakai baju , hantar ke skul.
Semua nampak smooth.
Tiba tiba rasa seronok pula.hehehehe.

Apapun , ibu still need sometime to think n papa serah pada ibu to decide.
As for him, apa terbaik utk ibu, is always the best for him too.
Parents pulak cakap, better kita ada helper...pulak tu kita dah kenal dengan dia.
Tengok la nanti apa keputusan ibu...


2 comments:

  1. hi...i'm your silent reader, suka tgk you jaga anak kembar + your son ....and husbnd keje jauh kan?)
    to me, maid/ helper is a MUST....i agree dgn u sbb kita boleh la kemas rumah & masak, etc without maid...tapi mcm i biler dah amik maid, fikiran i mcm release sket, sbb takyah pikir hujan baju basah tak angkat, nak masak apa balik nnt...and the list goes on....hehehheheh
    bila balik rumah happy jer sbb semua dah siap....anyway, just my 2 cents....hehehhehe
    Unhappy mom, raised unhapply child

    ReplyDelete
  2. salam Diana, thank u sudi menjengah ke sini.
    My husband pernah kerja jauhhh dr sini, but now dah kerja kat M'sia, walaupun dekat memang macam jauh sebab selalu outstation hehehe.
    I was still thinking about hiring her.Memang lega sangat kalau helper , but at the same time kita dah biasa kan takder stranger, rimas pulak rasanya.

    ReplyDelete