love

love

Followers

Tuesday 5 February 2013

Family Gathering for Umrah

Salam,

Aduh banyak hari tak dapat update blog.
Cuti hari Wilayah kita semua balik kampung sebab my sister Che Ngah dan Mak Long nak berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah on Monday.
So kita balik laaa menjenguk n menengok mereka .
Cadangnya lepas jer ofis hour on Khamis tu, malam tu jugak nak bertolak perlahan lahan balik dan kalau tak larat nak tidur dulu di rumah kita di Kuantan.
Tapi papa pulak malam tu nak jumpa kawan yang dah lama telefon ajak bersembang.
Tambah pulak kawan tu sampai dah cakap papa busy betul kumpul duit sampai takder masa nak borak2, jadi papa rasa tak sedap hati sebab dah lama betul kawan sorang tu ajak jumpa ...mungkin ada hal nak minta tolong. Jadi malam tu papa keluar jumpa kawan dulu n kononnya nak balik right after that.
Minta ibu berkemas..ibu dah siap kemas kain baju dan semua dah tidur n tak sedar at what time papa balik.

Pukul 6 pagi papa kejut ibu bangun n after Subuh kita terus gerak.
Aniq terpaksa la ponteng sekolah sehari sebab dia sekolah kat Selangor, takder la cuti Wilayah kan .
Lewat jugak kita sampai KT sebab singgah di ofis papa dulu n few places lagi.
Berhenti breakfast pun lama juga.


Sampai jer kat KT, seronok betul la kita semua sebab semua adik beradik ada balik dan berkumpul.
Kali ni takder sapa tertinggal...semua balik kampung dari anak cucu cicit cuit semua...kalau berkumpul raya pun tak macam ni sebab tak semua orang dapat beraya sekali kan.
So memang seronok bertul...bising rasanya satu kampung dengan keluarga kita.
Maklum la, adik beradik ibu jer dah ada 8 orang, ada yang dah bercucu pun kakak2 ibu.

Nak sediakan makan utk semua ahli pun dah macam kenduri.
Hari Isnin sebelum my sister berdua dan suami nya berangkat ke airport, my other sisiter dibantu anak2 buah dan cucu2 sedara masak gulai ayam kampung.
5 ekor ayam kampung sekali hadap jer utk makan lunch, tu pun macam tak cukup jer hahaha.

Malam pertama kita sampai , kita tidur kat rumah Mak Teh, sister kedua ibu.
Tak ramai lagi masa ni.
Jemaah dengan ayoh pun tak cukup korum.
Hari keduanya kita semua dah berkumpul kat rumah Che Ngah dan Che De, sister2 ibu yang kebetulan rumah dorang cuma sebelah sebelah dalam satu pagar


Budak berdua ni seronok jumpa sepupu2 yang rajin melayan karenah dorang berdua

Papa yang kebetulan sambut his birthday on that day 2 Feb dan sama pulak dengan my brother kesayangan Pak Su Dan..menyambut birthday kat dusun buah2 ayoh .
Dia berdua ke dusun awal pagi dan bawak balik banyak betul buah cempedak, duku, durian.
Memang puas semua dapat makan...kesian birthday boy berdua kena buli panjat pokok, ntah macam mana rupa papa panjat pokok, ibu tak dapat la nak tengok sebab dusun tu jauh juga dr rumah n kita semua malas nak follow.
Seronok bergossip kita adik beradik kat beranda rumah, dari satu topik tak habis2.

Ada yang sibuk mengintai n menjengah hasil kutipan kat dusun ...dua biji kereta penuh dengan hasil

Haaa, yang ni sibuk mengagihkan mana yang nak di sumbat dalam mulut dan mana nak di bahagi2 hahaha



yang kat sini pulak, diam2 mengopek durian, ingat kita semua tak berbau ker...serang !!!!




Sambil2 cuci ayam utk buat masak tengahari hehehe


hari Sabtu, lauk tengahari kita makanan kampung simple jer....sambal belacan super power Che De, ayam masak merah dan labu masak air.

wah Che De ada pembantu rupanya, Mak lang si tokei restoran ada, patut laaaa bertambah sodap hehehe

yang kecik kenit2 sibuk buat kerja sekolah a.k.a bergossip kisah muda mudi kat beranda rumah.
Cerita tak habis2 , maklumla, setahun sekali baru dapat berkumpul camni


Yang berdua ni tak kisahkan sesiapa..seronok duduk kampung , jumpa pasir 


Amboi penuh satu beranda menjamu lunch...riuh betul makan beramai2...





Yang berdua ni tadi penat juga main pasir yer, lapar sampai tak pandang kiri kanan lagi.
berlenggeng tak berbaju dah...buruk sungguh rupa anak dara kalau makan tak berbaju camni kan hehehe

Lauk Che De memang super power!!!
Eh masih ada yang termenung walaupun dah kenyang


Aik Aniq sibuk dengar orang tua bersembang ker, elok snagat bersimpuh depan Che Ngah n Mak Long tu

No laaa ibu...Abang makan duku!!
Ni memang hantu buah duku sejak kecik lagi...sebab tu bila ayoh nampak duku, mesti ingat cucu ni sorang..

Maghrib time, ayoh imamkan solat
Sampaikan sikit tazkirah dan pesanan buat yang nak memijak bumi Mekah
Mok pun sampai kan pesan jugak.

Sampai masanya, keluarga menghantar laaa Che Ngah, Ayah Ngah dan Mak Long semua ke airport on Monday tu.


Kita pun berangkat laaa pulang ke KL.
Ibu dah ponteng another day sebab tak isi cuti awal2 , tapi hati seronok dan puas dapat spend time dengan semua


Perjalanan balik,, ibu tolong papa drive halfway sebab kesiankan papa yang penat dua hari berturut2 ke dusun .
Malam nya kita sampai dengan badan yang penat tapi hati riang.

Pagi tadi masuk ofis pun ceria, cuma balik kerja petang tadi tak berapa ceria sebab kita semua ditinggalkan papa, papa kena ke KT balik malam ni sebab ada few kerja kat sana...kalau tak kerana Aniq sekolah, rasanya kita dah tak balik malam semalam..tapi takkan laaa nak ponteng sekolah Aniq sampai few days kan ...so berkorban laaa papa drive to KT lagi malam ni.
When ibu suppose to accompany papa malam ni, papa cancel plan last minute  suruh ibu stay jer, kesiankan ibu katanya so he asked his friend temankan.
Rutin malam ni to send Aniq tuisyen ibu laaa kena ganti.

Balik dr sending him tuisyen, dapat laaa ibu rileks2 mengarang this story.














No comments:

Post a Comment