love

love

Followers

Thursday 22 September 2016

Deko: Bilik anak dara twin latest

Salam 

Kisah deko rumah Kuantan .

Rasanya sejak mula pindah rumah sini..i tak pernah share bilik anak dara kembar kan .
Rasa macam banyak kali publish , rupanya kat group deko FB..so bila cari balik dalam blog memang tak ada.

Masa memula pindah...deko bilik anak dara ni memang takbanyak beza dr rumah lama kat BSP Subang dulu.
Dengan warna pink..katil dan perabot2 lain yang sama...

Ingat bilik depa kat umah lama tu.

Ha ini pulak bilik ddepa masa mula pindah...tak banyak beza kan 



memang ini jer rasanya pic bilik dorang yang i pernah snap

Pastu awal2 tahun hari tu..papa cam free sket..dia pun mula laa.
Mr handyman i tu dr umah lama lagi rajin kalau suh buat projek macam2 ni.
sanggup ngan tidak jer la i ni melayan .
 So this time dia semangat nak buat katil utk anak2 dara dia .


kayu2 pallet dan plywood dia dapat bundle selori dari member resort sini.


bengkel tukang ni pun hasil tangan dia sendiri..nanti later i cerita pasal workshop dia ni..sekali bersambung denagn cubby house anak2 dara dan juga taman astakona kami.


ini baru rangka


ini lepas siap cat..bawak masuk bilik
memang detail nya kurang cun ..tapi kayu pun ala2 free dah..so tak banyak modal ..cuma tenaga dan duit cat la sket.
sebelah tu rak putih tu actually albert from ikea.
Umur dah 10 tahun kot rak tu.Dulu i buh luar buh bunga2 dalam pasu kat porch umah lama.
Buruk snagat dah rupanya.
tapi bila papa cat katil budak2 ni..i pun suakan sekali rak ni.
nasib dia nak cat hahaha.
dah cat elok pulak cun balik.
Bagus ..tak membazir


kemudian i pelan2 masukkan balik brg2 lama depa.
dapur dr kotak tu pun hasil kerja kratif papa..sebab anak2 dara asik mintak nak dapur ..nak dapur masa g Ikea..
nah besar apak ko buatkan dapur...dr kotak jer haaa...
masak la ko nak...

senang hati memanjat2.
Those yang tengok pic ni kat FB cuak tengok i tak palangkan katil ni.

Actually katil ni tak tinggi pun .
kalau dengan saiz i kat dada ..kalau saiz papa kat pinggang dia jer...memang i buat rendah jer..sebab tau budak2 ni lasak...tapi setakat ni kalau tidur ok laaa..palang dengan bantal pun depa ok dah.


depa ni kreatif..terus jadi pondok.
Excited tul dapat set katil ni hahaha
Perasan tak kat bahagian kaki..before ni takder palang kan ..pastu i suh papa tambah sebab depa nak manjat pun payah ...pastu papa tambah kemudian ..pastu lupa nak cat bahagian hujung tu hahaha.
sampai ke sudah tak bercat..

Sikit2 i tambah deco bilik depa kasi ceria.
Bila balik Puchong i g Ikea dapatkan sikit2 barang depa.














Tapi most of the time macam ni la rupa bilik depa huhuhu.
lepas kemas, depa kembur..lepas kemas depa kembur..
redha jer la






1 comment: