I terus ke cerita la yer.
Amaran:
Sila jangan muntoh , memang banyak pic
Amaran:
Sila jangan muntoh , memang banyak pic
Kami bertolak dr KL pukul 9.20pm on 11 Jun 15.
Sebelum tu dah few day stay umah Puchong .
As early as 5.30..ngam2 after Asar, kita semua pun bertolak ke KLIA 2.
Memang ajak pergi awal, sebab kitorang tak pernah lagi g KLIA baru ni.
Kena pergi pulak dengan dua buah kereta, sebab memang tak muat kan...orang dah 7 orang, driver lagi, barang2 lagi.
Tapi elok rupanya time tu orang balik kerja..jem dekat sejam jugak otw tu.
Dalam kereta Awa, anak buah i tanya, dah buat web check in ker ...
Aduhh, macam mana i boleh lupa.
tapi rupanya bila kita bawak disabled..ada request for wheelchair segala, tak boleh web check in.
Tengok dalam web, kena check in 4 hour before.
Masa tu dah nak kul 7...aduh mati.
sampai jer airport apa lagi, berlari laaaa
mok ngan ayoh jer rileks, slow2 jalan sebab memang depa tak larat jalan jauh.
I dengan papa lari tak ingat apa dah, sebab masa tu dah kul 7.
Tengok2 line punya lah panjang..aduh kes naya.
Dah settle check in, nak uruskan wheelchair plak.
Pung pang2 dah nak kul 8.
Bawak mok ayoh g surau segala...kul 8.30 baru settle.
Dah baru pikir nak makan sebab tak makan apa2.
Orang kat tempat wheelchair dah cakap 8.45 kena masuk dah.
Yang kitorang ni pikir, dan kot makan dulu, sebab nanti naya mok ngan ayoh kan .
memang dah order makan dalam flight, tapi takut pulak dorang tak selesa semua, lambat ke apa nanti.
So g makan jugak dulu.
haaa pukul 9 baru settle.
Apa lagi berlari laaaa menolak dorang.
Suppose orang Air Asia akan assist , tolak sampai dalam flight, but then awal2 kitorang kan nak g makan, so cakap takoper tolak sendiri.
nahh rasakan...berpeluh2 weh.
Tak tahu berapa km kitorang berlari nak sampai ke flight.
half way crew2 Air asia mencari kitorang and tolong dr situ....
Rupanya kitorang jer yang tak masuk.
Crew tu duk laaa communicate thwu walkie talkie tu suh orang gate tunggu sebab ada dua wheel;chair katanya.
Dengan crew2 dorang berpeluh2 bverlari dengan high heel semua.
Aduh pengalaman yang memeritkan hahaha.
degilll lagi...oplane tunggu , nasib baik laaa..,kalau tak, balik saja lerrr.
Alhamdulillah, dapat la masuk flight hehehe.
First experience utk my twin .
kakak tekun study hehehe
Adik's happy faces
my parents..Aniq kat tepi tingkap
Dalam flight, nanti crew akan pass kan arrival card utk kita isi, ada 7 form i kena isi, terpiat2 biji mata tengok orang lain dah sedap tidur..nak buat bila sampai kang terkejar2, baik buat siap2.
ini rupa arrival card tu.
google image
Penting utk kita honest and declare barang apa kita bawak , nanti senang bila kat imigresen.
Masa ni dah siang..dah bertukar2 tempat duduknya
Kitorang makan dalam flight 2 hour before landing...jadi kenyang la lagi...
I dah order siap2 masa beli tiket..senang.
Sampai kat airport tak perlu fikir dah nak cari bekpes.
dah sampai ke Coolangatta Airport Gold Coast.
sampai sana pukul 5.30 waktu Aussie.
Tapi disebabkan musim sejuk, malam kat sana agak panjang, and pukul 6 tu dah cerah pun kat sana.
Petang pukul 6 dah gelap sangat
My son tolak my dad.
Alhamdulillah sejuk perut tengok how my only son ni treat his atuk.
Sepanjang kat theme park dua hari pun dia banyak melayan my fatehr tolak ke sana sini.
Ayoh pulak ada masalah, like evry half an hour mesti nak terkucil, dah g tempat sejuk lagi la kan .
Aniq laaaa tukang tolak dia kemana2
My hero tengah tolak mok
Alhamdulillah sekali lagi dikurniakan sorang suami yang penyayang.Masuk ke dalam , Allah permudahkan utk kami.
Berkat bawak both my parents with the wheelchair, banyak depa bagi priority to us.
Takder la que panjang sangat kat imigresen sana and since kami pun awal2 dah declare dalam Arrival Form barang apa yang kami bawak, jadi beg kami langsung tak dibukak and diperiksa.
Ada pegawai tanya and i cakap , just food for my kids and parents.
Then depa lepaskan we all keluar.
Pagi tu i tengok ramai jugak family Malaysia yang satu flight.
Ada satu family tu kena check satu2 beg dorang.
Dah la siap kena hidu dengan anjing pengesan dorang.
Aduh kesiannya.
Kami tak sempat bertegur pun , tapi sempat laaa senyum2.
And kami jumpa masa kat theme park.
Kat sana baru borak2.
Family ni satu family , mak ayah and anak2.
tapi anak2 dorang semua besar2 dah
maybe semua tengah belajar lagi.
Masa ni papa cari orang dr car rental.
Suppose orang car rental tinggalkan jer kunci dan kereta klat tempat sepatutnya. But since we requested for wheelchair and they cannot provide, so they brought us to their office so that senang nak dapatkan wheelchair dr redcross yang dekat dengan their office.
Mok and ayoh kepenatan menunggu.
Dalam setengah jamjugak laaa, so sempat la papa beli sim card dulu .
Penting nak dapatkan internet access , nanti nak whatsapp dengan staff kat kedai camana kalau takder internet kan .
papa cakap kena 50aud..lebih kurang rm150.
Dia guna Lebara
Lepas tu nampak laaa van dr car family rental.
Papa g tanya and betul la van tu nak pick up kami.
Driver tu masuk barang semua terus bawak kitorang kat ofis dia.
kat sana baru la staff handed us our car, kami sewa Toyota Tarago, kalau kat sini Estima kata papa.
Ok la, ngam utk kami 7 beranak.
Car seat pun dah siap depa provide sebab memang request awal2.
Dr situ staff sana guide kami how to get our wheelchair kat redcross.
Kids dalam kereta.
Adik muka bengkak jer sebab nak duk depan ngan ibu.
Abang kat belakang dengan adik, sibuk duk tengok pamplet tempat2 dia nak pergi nanti
Papa drive and ayoh kat depan .
ini lah tempatnya.
Kena ke pintu sebelah tu.
Lupa nak snap pic dalam ni.
Ada dua orang makcik hehehe dah tua yang jaga.
Sewa utk satu wheelchair ialah 15 aud per week.
So dua kena 30 aud...
Takder duit deposit dia mintak.
I pun pelik gak...tapi maybe sebab benda ni hasil derma orang , maybe dorang kat sana tak berani kot wat pasal ..hehehe agaknya
papa duk ngejas nak susun beg and wheelchair.
dengan susah payah gak la...
Then terus drive ke hotel.
Berpusing sket jer cari hotel.
tapi papa pun bawak rileks2 jer, takder apa nak rush snagat, memang takder plan snagat for that day.
Sepanjang jalan duk la tengok rumah2 dorang kat sana.
Memang cantik2..taklah rumah mewah, rumah biasa2 jer...tapi semua nya bersih ya amat.
Ada bahagian rumah mewah pulak, melampau2 sampai siap bot depan rumah huhuhu
Ayoh tak habis2 kagum tengok jalan raya sebutir sampah pun takder.
Rumput2 tok sah cakap laaa....menghijau jerrr...bersih gila.
ni dah dekat2 area kitorang rasanya
nampak tak, kemas, bersih jer jalan raya semua
So dalam 15 minit gitu, sampai laaa ke hotel yang dicari.
kami stay kat Breakfree Beachpoint Apartment.
I dapatkan apartment instead of hotel biasa sebab nak masak.
nak ada dapur and semua facility macam kat rumah.
Apartment kami ambik ni dua bilik and max person utk stay ialah 5 pax.
tapi kami senyap2 jer la seludup my parents dua orang.
kalau nak dapatkan sebuah lagi ikut term dorang , mati laaa nak bayar , dah la mahal satu hal...dah tu smpai dua biji apartment nak buat apa weh...
tak pasal2 mok and ayoh duk berdua kat rumah lain plak
So takper, kita senyap2 jer naik dulu hehehe.
masuk jer rumah ni la rupanya.
balkoni terus menghadap pantai.
nampak tak baywatch tu ,pondok kuning tu...tapimemang tak bukak terus pun bahagian ni, kalau bukak menggigil la semua dalam rumah tu.
sebelah ruang tamu, ruang makan, omputih tu tukang bekki air cond, masa masuk dia tengah wat kerja
Then kami terus ke bilik, while waiting depa siap...dalam 10 minit jer...depa pun kuar.
Ini master bedroom .
Ini bathroom dalam master
cakap dengan my parents to stay in the room..senang sebab ayoh kan selalu nak ke tandas
ini bilik kedua
Adik terus bukak mainan bila cakap ni bilik dorang
Ini bilik air kedua, depan bilik kedua...
i requested for extra bed, sebab awalnya i punyalah ikut term dia kena ada extra bed kalau lebih 4 orang, dah bayar siap2 , baruterpikir, nak seludup mok ayoh pun boleh, apahal siap bayar extra bed pulok hahaha.
dah tu tak pakai snagat pun ...anak beranak duk terbungkam depan tv
Bilik mokjer satu ayaoh ngan mok tidur...bilik kedua maintain jer bersih
Ini bilik laundry.
Tapi dryer tak berapa elok snagat.
Kering laaa, tapi still kena jemur sket
Ini ruang paling penting.
Pinggan mangkuk semua dah ada...tinggal nak samak/sertu jer laaa
periuk belanga semua pun ada.
space paling di aim hahaha.
Kitorang sampai ke hotel dah lebih kurang pukul 2.
Semua pun dah lapar.
sebelum apa2 kita sertu dulu semua2 ni dengan sabun taharah.
Punggah2 beg makanan, takder apa boleh buat sebab barang basah takder.
Jadi i masak maggi dulu buat alas perut sebelum keluar cari barang masak.
tak pernah2 makan maggi,merasa la ayoh makan maggi haaa.
lepas makan, solat, i kuar dengan papa and Aniq.
Memang tujuannya nak g acri bahan basah
nearest market Coles.
jalan kaki pun dekat gak, tapi sebab memula tak tahu, so drive ke sana n waze jer.
tengah bercuti pun kena buat kerja...kebetulan time ni ada staff minta transfer duit utk kiriman customer
kat apartment kitorang sewa, takder internet, so 3g pun takder kat hp Aniq, jadinya this boy mati kutu..so ngekor jer la kitorang dengan kebosanan.
kalau kat malaysia jangan harap laaaa
excited tengok kanggaroo meatball.
Dalam ni daging semua tak bleh beli...takder yang halal.
Ayam2 pun tak disembelih cara kita.
kalau ada pun ikan boleh laaa beli.
Tapi tengok ikan kat sini tak berapa berkenan so i beli sayur2 jer.
Sayur2 memang la segar, tapi harga pun boleh tahan
ibu dan anak yang menjakun dengan self pay machine ni hehehehe.
Then dengan bantuan google and waze juagk, kitorang terus ke halal meat shop.
nak cari Ali halal Meat, jumpa Continental...hantam jer la
beli ayam sekor kat sini
Then patah balik ke tempat sebelah coles, pi woolworth pulak carik ikan.
hasil pencarian
So sampai rumah dah kul 6.
maghrib kat sana pukul 5.
Tapi tak rush sangat sebab dah niat nak jamak dengan isyak jer.
terus prepare dinner
Telur dadar, kari ikan tenggiri dan sayur campur goreng
budak berdua ni mana2 pergi mesti nak nasi
Dah lepas makan ini la yang terjadi.
malam tengok tv jer.
esoknya kami semua ke Sea World.
In sha Allah dalam next entry k.
Dah panjang sangat ni.
No comments:
Post a Comment