Lambat dapat up entry today.
Dah start cuti awal.
Suppose kena g ofis lagi, tapi lepas subuh tadi, sambung buat sket lagi kuih tart nenas, sebab sayangkan jem nenas banyak lagi, terus terbabas tengok jam dah dekat kul 9.
Takder maknanya nak masuk opis, dari kena surat tunjuk sebab lambat sampai opis, baik isi cuti.
Rugi cuti pun takper la
Dah dekat2 nak raya ni kan , meh la kita citer pasal persiapan raya.
Tahun ni rasanya i over sket la habiskan duit utk house deco for raya.
Ala, selama2 ni pun , utk house deco, memang i and papa tak pernah berkira, kalau dha minat tu, kuar jer duit, tau2 hujung bulan dah kering hehehe...tapi puas hati la snagat kononnya.
Papa pulak more to nak mencabar diri sendiri nak buat projek macam2, and i pulak alang2 ada handyman nak offer buat macam2, pejam2 mata laaa kuar duit...
Utk raya, i dah banyak gila plan, siap asing duit siap2 nak beli itu ini.
Tapi dalam bajet2 tu, boleh terlupa bajet baju raya hahahaha.
So this year diumumkan kami semua anak beranak akan pakai baju raya sama.
Termasuk la twin berdua.
Elok plak i test baju kurung dorang last year boleh pakai.
Ngam2.
tahun lepas besar, kena gulung kain n lipat lengan baju...bahu merebeh jatuh, tapi budak2 pakai..comei jer la.
tahun ni baju tu ngam2, jadi jangan membazir hehehe.
padahal ibu dia membazir beli macam2 .
Antara benda pertama ada dalam kepala ialah nak tukar kerusi utk meja makan .
Bukan utk raya asalnya.
lama dah ajak papa tukar, tapi asyik bertangguh.
Ada duit sketm dulukan benda lain .Rasa cam tak penting sangat kerusi tu.
dah nak raya baru rasa cam nakkk snagat tukar.
Papa layankan ..dah g la beli ..nak snagat.
Pilih sana pilih sini, last2 dapat yang bukan cam kepala ni.Tapi dah takder, kalau ada pun harga melampau bajet, so, takper, cari murah2 jer, janji nak jugak tukar baru.
Dah order kerusi meja makan , tetiba terasa sofa lagi patut tukar , sebab dah lama menyampah dengan sofa leather hitam tu.
Pujuk2 papa, dia kata proceed.
Gigih la mencari sofa yang berkenan di hati dan Alhamdulillah jumpa.
Order.
Sebab kan sofa tu custom, so 10 hari baru siap..kira punya kira, ok, khamis dah leh dapat la..proceed.
So alang dah tempah new sofa, nak tukar la sket deco and konsep tahun ni.
So nak cari alas meja makan, sarung kusyen yang match.
Langsir tak, sebab baru beli kat Nilai masa belikan langsir mok hari tu.
lagipun bajet dah tight sangat2.
Mana nak servis kereta..then kereta yang nak bawak balik kg , kena tukar tayar empat2.
Dah 1k kat situ.
Masa tempah sofa, tak tahu pulak pasal tayar kereta...so redha, korek2 laaa mana boleh.
Benda pertama sampai, kerusi meja makan .
Order pun kat kedai lain2.
Dalam 2 hari lepas order dah sampai.
tapi tak pakai pun , sebab material fabric..so simpan kemas2 dalam bilik.
Dah tinggal few day before balik kg ni, baru kuarkan kerusi.
Kerusi jer tukar baru, meja masih pakai meja asal sebab i sayang gila dengan meja makan ni.
meja ni bigger size utk 6 seater..so sangat sayang.
Then dah ada kerusi baru, terus la tukar sekali alas meja .
Konon nak pasang runner, tapi cari2 kat Midvalley hari tu, takder yang berkenan.
So, jumpa laaa alas cam ni jer
Operasi lepas sahur ganti alas bawah cermin tu.
Aniq sekali kena kerah lap meja hahaha.
pastu nampak pulak wall deco tu cam 'mati' jer.
tak naik pulak kaler putih tu..so duk laaa rengek2 papa suh tolong spraykan merah.
layankan bini punya pasal hehehe
Dah spray
Siap dah
Dah tukar warna, ceria sket.
Lepas tu...
Hahahah tak habis disitu.
Dah nampak cam berseri la plak merah tu.
Sebelum2 ni i tak berani n tak minat snagat dengan merah utk deco rumah.
Tapi once duk main ngan kaler ni, nampak menarik, yerla as long as tak over sampai semua ruang nak merah, i think menarik la.
So..pendek cerita, dah cun merah tu di mata, i pun saja laaa sembang2 (dengan harapan) dengan papa, tanya dia kalau bahagian tepi dinding tangga kita yang kaler oren tak cun tu buh merah camana gayanya.
Ingat dia marah , yer laa pasa satu2 hahaha, sekali dia kata ok jugak, lawa...nak tukar ker?
Hahahaha, sungguh laaa mengantuk disorong bantal.
Terus dia singgah hardware beli cat.
I nak cat murah2 jer, tapi papa ni jenis kalau membeli semua nak yang terbaik kononnya.
cat merah biasa tak kilat baru rm 35 5 liter tu, tapi dia kata beli la kilat cam cat asal rumah tu.
Sebelum2 ni kita pakai JOTUN MAJESTIC PEARL.
Best , sebab bila kotor kan , kita lap jer, dah kilat balik.
So, papa kata merah pun nak kilat.
G kedai hardware depan rumah, takder JOTUN .
Ada Federal Paint.
Hentamm!
Cek2 harga utk 5 liter RM118.
Perghh mahal gila, mahal dr JOTUN kot.
Ni cat tu.
Dah takde pilihan beli laaa.
Kena beli cat putih jugak sebab warna sebelum ni oren, kena matikan dulu oren tu dengan putih.
Dua kali kerja, tapi papa kata ok.
hahaha, tq2.
Bahagian tangga asal.
Oren ni buruk, tangga pun buruk, nak kena syelek baru.
Tapi slow2..cat merah dulu.
papa pun operasi laaa
Cat putih dulu.
Then baru cat keseruhan dinding.
Dah cat2 dinding, papa terus pulak buang kepala pemegang tangga tu.
Dah lama nak buang, tapi cam biasa tertangguh.
Ni alang2, dia terus gergaji benda alah tu
dah togel, nanti kena syelek papa kata cun balik.
Dah kena buang hahaha.
Cam biasa la kan , pas siap satu, dapat idea lain pulak.
Nak tukar wall deco sebelum tu kat dinding oren biar kena dengan dinding merah.
So, tukar pulak wall deco.
Cuma makeover frame sedia ada.
And tambah dua keping lagi frame.
nak jadikan 5 pcs.
Tukar pic kat dalam jer.
Guna frame Ikea ni
Beli jugak kadbod hitam
Dua orang sempat mengacau
GUna lebihan wallpaper kat ruang tamu utk deco dalam frame
Siap!
Abaikan tangga belum siap
Dapat letak 4 keping jer
Handle tangga yang dah tak ada 'kepala'.
before
after
Before
After.
And my house dah kosong ...kerusi lama dah kena jual hahaha.
Pastu, bangla kedai perabot yang janji nak hantar my new sofa Khamis tak boleh make it..janji Jumaat, pastu call petang tadi, janji malam esok pulak.
Confirm i beraya atas lantai tahun ni.
Aduh!!
Dah tak pasal2 tak boleh balik kg awal...tu pun kalau bangla tu hantar, kalau tak hantar memang menangis!!!
No comments:
Post a Comment