love

love

Followers

Tuesday, 30 July 2013

Iftar buffet @Equatorial Bangi

Salam,

Petang semalam kawan ofis inform pasal majlis berbuka kat Equatorial Bangi.
I mula2 duk terfikir nak pergi ker tak.
Ikut hati memang tak nak g .
Tapi teringat buffet,ada kambing..terus ingat kat Aniq.
Dia memang suka snagat kalau berbuka buffet tu.


Balik rumah i tanya dia nak tak.
Dia kata nak.
I pun confirm nama dengan member.
I bagi nama 3 orang jer, me, papa and Aniq.
Memang tak plan nak bawak budak berdua tu.
Hahahah, kejam laaa snagat ibu dia ni konon2 nak berbuka tak mo gangguan.

Tapi siang tadi sampai rumah terfikir kesian kat dorang and kesian bibik Ayu nak berbuka sorang2 kena kacau dengan budak berdua tu.
Tanya papa, dia suh bawak jer.

I pun suruh dorang siap2.
Jangan cakap laaa betapa happynya dorang, terloncat2.
bestnya siap nak pakai kasut raya yang beli hari tu.
Hantam laaa anak anak oii.
kalau tak pakai , nak simpan raya pun , nanti takkan pakai2 jugak..last2 tak muat.
Selalu gitu la kan .
Tunggu papa, ibu snap dulu pic dorang depan rumah.



 
Sampai EQ hotel pukul 6.30 pm.
Antara yang terawal.
memang sengaja keluar awal, sebab tau nanti parking hazab .
Dah la bawak budak2 ni..jenuh pulak nanti i nak heret dorang .
Ni pun dah agak jauh dapat parking..so kena heret dorang ni haaa.



Nampak swimming pool...sudahhhh....pengsan la i nak mengejar 

Abang yang keletihan.
Alhamdulillah penuh lagi setakat hari ni.
Even jalan jauh2 balik kg, jadi musafir heheh, puasa dia terpelihara lagi.


Orang lain belum sampai, kita dah awal2 ambik tempat hahaha...takper, lebih baik 

Meja betul2 kat salad bar ni

And dekat swimming pool ni..aduhhh..risauuu



Pastu duk laaa berlari , berkrjar2 dua beradik kat situ..aduhai..kecut perut ibu










Tengok laaa..berpeluh2 duk main kejar2.

Dalam pukul 7, meja pun dah penuh.
Semua dah datang n start ambik makanan.



Penuh okay satu meja, i langsung tak gerak dr meja, tak tahu makanan apa yang ada.
Papa , Aniq and kawan2 opismate ambikkan n penuhkan meja tu.
banyak pilihan makanan kat sini.
Tapi bagi tekak i biasa2 jer.
kambing panggang pun tak la berapa sedap snagat.
Satay ok, sedap.
Lain2 ada la yang sedap , tapi kebanyakannya biasa biasa jer la.



This two sangat la happy, makan ,makan n makan ...

I kena layan dorang kasi kenyang dulu









Dah selesai semua n tunggu papa solat..budak berdua ni masih tak berhenti.
Walaupun dah sampai bersandar kenyang, masih nak suap lagi ABC huhuhu...

muka happy abang bila dha kenyang

Settle semua, jom balik!


Nak kelaur, jem teruk...punyalah berderet kereta parking kiri kanan sepanjang jalan.
Kalau lewat gini la nasib nya.
Sampai berapa km kot dorang kena jalan nak ke kereta.
Kalau camni masa awal2 sampai, confirm kita balik rumah heheheh.


Ada buggy yang bawak pejalan2 kaki ke kereta, tapi kena menunggu laaa kan .
Alhamdulillah kita semua sampai awal dan dapat parking n semua smooth sampai balik rumah.




Cara simpan tudung

Salam,

Rehat sebentar dr cerita2 persiapan raya.
Today kita citer hal lain .
tapi ada kaitan la jugak sket.
Citer pasal berkemas

Hari tu duk kemas2 rumah.
Kemas wardrobe sebab duk cari baju2 raya Aniq yang duk tersimpan beli sket2..nak kumpul balik, nak basuh , lipat gosok semua
Then ternampak laaa storage yang i simpan tudung2 i
So, tetiba terasa nak share camana i simpan tudung2 i.

Ini adalah total semua tudung i.
Tolak la yang tengah basuh and kat ampaian kan .
And tolak laaa yang jenis awning.
Since i tak banyak jenis awning, kiranya ni total semua tudung.
Ini yang i masih pakai dan ulang2 sampai sekarang.
Mostly adalah selendang type..i suka pakai jenis camtu sebab senang.

Lain2 tak pakai, buh dalam plastik , simpan...cadang nak sedekah, tapi ntah mana nak dibawak

kat dalam ni, ada jugak jenis bawal 4 segi...ni bila tahap kemalasan melampau2...pakai laaa 4 segi tu, lipat terus buh brooch.
takder pakai anak2 tudung kat dalam tu.

Kalau kemalasan melampau2 tahap dewa plak, i pakai awning, sarung jer..tapi mostly bila g kedai Acheh depan laaa...kalau tak papa bising..dia kata comot huhuhu.



i susun menegak camni supaya senang nak tengok .
Masa nak susun lepas angkat dr ampaian tu azab sikit, tapi lebih baik dr azab nak mencari tudung bila nak pakai, duk la mengembur , last2 berselerak...akhirnya, takder kije lain , asyik duk lipat tudung dalam kotak storage ni.



kebetulan i jaga storage system kat ofis, ada lah satu vendor hadiahkan this storage box ni.
Besar dan sangat  berguna .




Yang tergantung2 tak berurus ni adalah awning type.
Tak mo rosakkan muncung nya, i sangkut camni.
I tak berkenan system camni, tapi setakat ni, takder idea lagi nak susun camana.
nama pun tudung malas, senang i capai bila nak pakai kan .




Monday, 29 July 2013

Aktiviti dan projek nak raya sepanjang weekend

Salam,

Waahhh dah hampir nak raya yer.
Kejap jer..pejam celik pejam celik, dah ke penghujung Ramadhan.

Kat my house,ada banyak plan nak buat.
Konon raya tahun ni grand la sket sebab ada new sofa and new set of dining chair.
So, papa pun semangat lebey sikit.
Cat pintu rumah yang sejak pindah tak pernah usik.
Masih guna pintu asal dr pemaju
Cat  pada pintu tu pun sama
Walaupun teruk rupa nya siap ada percikan cat2 masa buat kerna renovation dulu, kitorang pejam mata buat2 tak nampak jer.
Cadangnya nak beli pintu baru, tapi bertangguh2 sampai laaa sekarang.
Papa pun terpalksa pikirkan solution last2 minute.

Ini rupa asal pintu.
Warna pintu masa ni grey.
Tak nampak snagat buruk rupa pintu ni dalam pic..tapi kalau tengok real, dalam rumah punya side penuh cat hahaha.

Then papa ajak i beli kayu macam frame gambae.
ada ukiran sket n papa pasang pada pintu tu.
Dia pun cat baru dengan my choice of colour.
Masa papa pilih2 kayu hari tu..i sibuk pilih cat kat kedai hardware tu hehehe.
I pilih cream utk pintu tu


This is how it look like after the makeover.

Jumaat hari tu Awa datang rumah.
Saja2 nak tolong buat kuih raya.
Utk berbuka, i ajak dia tolong buat kuih badak berendam .
Ni kali kedua buat bulan puasa ni.
Tetiba rasa teringin nak makan 

Buat dalam bekas kecik2..dapat 7 bekas kecik.Memang puas hati makan.
Saja i buat banyak sebab mama kata malam tu nak datang tidur rumah and nak sahur rumah kita.




I buat bandung soda

Awa pulak bawak murtabak, so banyak laaa sket kuih hari tu


dah akhir2 kan , i buntu jugak nak masak apa.
So, i buat je rkari ayam n kacang panjang goreng.
Goreng jugak ikan kering dan sambal belacan.
I masak seperiuk besar kari ayam , boleh buat sahur mama n semua


Lepas berbuka , Awa ajak buat cream puff.
Dapat makan utk sahur , makan sejuk2 dr fridge baru best



The next day, Sabtu pagi2, I dengan Awa dah start dengan next biskut raya.
Kita buat choc chip cookie dan peanut ball cornflakes

Budak kecik ni tukang kacau

Baru keluar oven..memang tak tahan baunyaaa....


While papa busy dengan projek pintu nya

Petang sket, i buat puding kastard jagung berkuah macam yang selalu i buat tu.
Sabtu petang tu, Yuza anak beranak dah bitau nak berbuka sekali..jadi i buat la puding ni.
Kalau takder sapa nak datang, i tak kan buat.
Bulan puasa perut limit dan masa pun limit nak menghabiskan .
Since ada tamu, boley laaa.



Ini pun one of papa punya project.
Tak habis2 nak pasang lampu kat taman 

Menu berbuka Sabtu.
Tetel masak kari by Yuza..i cuma goereng ayam, taugeh dan buat ayam masak halia




Selain dr puding, ada kuih muih Yuza bawak she bought dr bazar near my house
Roti jala tu i buat sambil sembang2 kat dapur dengan Yuza


penuh satu meja heheheh
After berbuka n selesai semua...kita semua naik atas rumah dan ajak budak2 yang ada utk shoot few pic for our project.
jadi model terjun sebab nak cari model kanak2 betul2, budget and masa pun tak berapa nak cukup hehehe.



Dah settle kat atas, semua turun n layan puding depan rumah.
Borak2 , sembang2




Sambil layan view taman sekangkang kera papa ni





Budak2 duk main beskal, sampai tak berbaju kepanasan














Inilah rupa lampu papa baru pasang tu waktu siang.
baru nampak bentuk sebenar


Ahad pagi2 kita semua ke rumah Nana kat Rawang pulak.
Papa nak tolong pasang TV and lampu kat her house.
Masing2 semangat nak raya kan 



Dalam kereta budak berdua makan burger mcD yang papa beli drive thru.
Aniq kat depan menahan nafsu jer la sebab tak tahan bauu kuat katanya.





Sampai kat rumah Nana, buaian ni laaa di aimya hehehe 

yang dewasa sibuk dengan gotong royong menolong install apa yang patut .


Ini si abang2 yang menolong their one n only adik pompuannya.
Even dah bersuami, tapi abang2 ni tetap jugak manjakan adik sorang ni hehehe.



Budak berdua ni tolong kecahkan lagi ada aaa


Dalam pukul 3, bila semua dah siap ..i ajak papa ke AEON rawang.
Bawak budak berdua ni nakc ari kasut raya.
Alhamdulillah jumpa 





Balik dr AEON dalam pukul 4pm, papa pun terus ke dapur, tolong masakkan kuah utk soto.




Nothing much i can help, so, i tolong buatkan bergedil daging.

After berbuka, kita semua terus balik.
Badan dah penat n banyak benda kat rumah nak disiapkan tapi bila sampai rumah, dah tak pikir apa pun selain bantal dan tilam hehhe.