Salam,
Lamanya tak jenguk blog sendiri, jenguk ada jenguk, tapi takder update, blog kenkawan pun semua me terjah...ada yang tinggal jejak, ada yang tak sempat nak tinggal jejak...
Cuti sek baru2 ni, sibuk dengan kenduri kahwin anak buah ...anak buah lelaki , anak my bro , abang Wi..jumpa jodoh dengan orang Kelang...akad nikah dah buat awal bulan Jan lepas..tapi persandingan baru buat cuti sek baru ni...
Di sebelah rumah perempuan majlis berlangsung hari ahad 13/3.Semua adik beradik berkumpul di rumah me dr hari Sabtu lagi.Ahad hantar rombongan ke rumah perempuan dengan 6, 7 buah kereta rasanya.
Kemudian, 18/3, majlis berlangsung di kuantan.Majlis di kuantan ni combine, my dad yang rancang utk buat majlis kesyukuran sempena niatnya yang dah sempurna, menyiapkan semua rumah sewanya di Cherating tu.Rumah yang me jadikan homestay..ada ceritanya sebelum ni
disini.Jadi alang2 nak buat kenduri tu, kami pun rancang sekali kan dengan date sambut menantu dr Kelang.Dan combine sekali, akak pengantin lelaki tuh, Siti buat majlis pertunangan.
Majlis tu ayah sponsorkan seekor lembu, dan abang Wi pulak tambah yang lain2.
Me balik Kuantan lebih awal, Khamis 17/3..sebab malam nya tu, ayah nak buat sembahyang hajat dan tahlil.Pada hari nak balik tu, bibik plak buat hal, tak bleh ikut sekali me balik...ada hal mustahal katanya, me n hb malas nak bising2, jadi kami balik swendiri tanpa bibik.Cuma ada seorang anak buah yang study di UKM..Wawa ikut sekali..jadi dia leh juga tolong jagakan twin masa dalam kereta.
Sampai kat Kuantan...si Aleeya buat hal..menangis jerk tengok orang ramai...jadi sepanjang masa ibu dia ni kena dukung dia..kalau letak jer dia nangis...tengok orang dekat dia , dia nangis, memang dia takut betul dengan orang ramai2 tu.Nasib juga si Aleesa ok, happy sokmo sebab ramai yang gulir2 nak dukung dia.Hb plak sibuk , duk buat pelamin...sebab dah janji dengan anak2 buah dia , dia yang nak siapkan..so takder masa laaa sangat nak layan twin.Terpaksa laaa ibu ni sorang2 duk kelek...satu kije pun ibu takleh tolong...
Nak share few pic twin dengan anak buah...kebetulan Aleeya baik plak masa ni..kejap jer pun..pastu nampak ibu dia, start laaa
Yang dukung Aleesa tu, anak buahku, anak Kak edah, Yani dan yang dukung Aleeya, anak Kak Enah, Fatin yang kami panggil Kak Yong
Aleeya, masih baik moodnya
Kali ni, anak Kak Yah, kami panggil Along, yang dukung si Aleesa plak
Aleeya dah mengantuk snagat, tak larat nak mengamuk, tu yang diamm semacam jerk
Kemudian, Wawa anak Kak Yah pulak yang pegang Aleeya, dah start nak mengamuk time ni
Baju2 pink yangdipakai twin tu dibeli oleh Wawa, anak buahku yang study kat UKM tu...kebetulan dia pi Pangkor a week before majlis hari tuh,dia belikan sekali baju utk twin.Masa sampai Kuantan tuh dia bagi baju2 tu, so plan asal nak pakai baju lain, dah tukar, pakai la baju pink sponsored by their cousin tu.
Next entry nanti, me sambung citer majlis,and akan masukkan sekali pic pengantin.Tkat ni jer dulu, kena cau dah..Daaaaa