love

love

Followers

Sunday 30 June 2013

Tragedi yang hampir meragut nyawa anak kembar ku...

Salam,

Im so sorry sebab lama menyepi..ada juga yang bertanya khabar kenapa i takder update.
Mulanya, it because im sooo not in a mood, but after few days,ada tragedi berlaku dan ia menjadi satu kenangan pahit yang tak kan mungkin kami sekeluarga lupakan .

I really dont know how to start.
Tragedi berlaku Khamis lepas 27/6/13.
I baru sampai rumah lepas singgah pasar malam kat rumah Alyn di bangsar.
I bought kebab for the kids and apam balik utk papa.

Papa having his apam balik in the car and sesampai di rumah, twin so happy n melompat2 seeing me..seperti hari2 biasa dorang laaa.
I  told them that i bought them kebab and asked bibik Ayu to served them the kebab.
Papa was still in the car.
Baru sangat sampai rumah kan, dia masih bersms dengan his friend in the car and tak sempat keluar.

Aleeya si kakak mengikut bibik Ayu ke dapur and normally adik will follow kakak as well, but i tak sedar pulak that she followed me kat belakang.

I was standing next to the sofa..when suddenly i heard ada benda jatuh and i berpusing nampak my poor doter kat atas lantai and dihimpit divider that supposed strongly stand in the house.

If u guys wondering how is the divider look like, it was the one between the sofa and pintu bilik air tu.
Ada 8 batang semua sekali and it was solid wood 2x4.
(maybe in the next entry i will elaborate more pasal divider ni and kenapa terjadi this tragedy)
I cannot tell u berapa berat all the kayu tu but the whole thing mengimpit her.
Im so panic that i shouted for my maid, screaming like hell and i cannot lift the whole thing until bibik Ayu datang and helped me to carry the thing.

I terjerit2 histerically shouted for papa in the car but definitely dia tak dapat dengar i.
I carry Aleesa yang masa tu terkelip2 kat bawah kayu tu.
Dia sikit pun tak menangis and that makes me bertambah2 panic.
I was wondering if she still 'ada' or not, but seeing her berkelip2, i know dia masih 'ada'.
i carry her and lari ke pintu, bibik Ayu menangis2 n menjerit2 asking kenapa n kenapa.
Aniq baru balik surau panically menjerit panggil papa dalam kereta dan dia lari naik turun tangga , sebab tak tahu apa nak buat.


Papa dr kereta berlari to me and bila dia nampak i carried Aleesa, dia terus ambik Aleesa from my hand then baru we realised, darah menitik2 seluruh rumah.

Bibik menjerit2 beritahu me .."darah kakkkk darahhh..ya Allah...kakkkkk....!!!"

Papa dah berlari ke kereta and i followed her, i sempat ambik my purse and bila sampai ke kereta i sedar papa tertinggal kunci kereta sebab he was running to kereta satu lagi..not the one yang kita guna masa balik kerja.
I lari balik ke dalam rumah and dapatkan kunci kereta.
Few of my neighbour dah ada depan pintu, tanya papa what happen and papa kata Aleesa jatuh.
When dorang semua nampak darah penuh kat baju putih papa..they semua bagitau papa..

"hospital isk hospital...darah dr kepala..hospital..!!"

Papa then tunjuk her hand to me yang penuh darah.
Setiap kali ditadah, penuh tanganya dengan darah Aleesa...terus papa menjerit to me.

"ya Allah yanggg..darah dr kepala..ya Allah yang, luka besarnya...ya aAllah ya Allah.." jerit papa

I ambik Aleesa dr tangan dia and dia terus ke klinik depan rumah but the clinic refuse to treat her , minta we all terus ke Hospital Putrajaya.

"I cannot do anything..please bring her to Hospital Putrajaya.."

Papa cakap.."do sumting please at least to stop her bleeding " and the nurse handed me kain kasa letak kat her head and asked me to tekan kat luka dia.

Trus kami masuk balik ke dalam kereta..
papa rushed ke Hospital Putrajaya, pasang emergency signal and im not sure berapa km/h dia tekan minyak.

keadaan masa tu sangat2 susah i nak gambarkan .
Aleesa diam and hampir2 pejamkan mata..but i keep on kejutkan dia.
I tak mo dia pengsan..i tak mo dia pejam mata..i dont care, whatever happen, dia mesti celik..dia must reposnd to me..itu jer i tau dan i ingat.

setiap kali i called her bila dia nak terpejam, dia merengek..
"huhuhu.adik tak tidur..adik sakit.."

dia pejam mata lagi..
i kejutkan lagi..
then dia rengek lagi.

All the way, papa asyik melaung2 Allahu akbar .

I pulak..berbisik2 kat telinga Aleesa.

"ica jangan tidur..ica jangan tidur ye sayang , temankan ibu...ibu kat sini..ada dengan ica..ica jangan tidur..please pelase sayang...jangan tidur.."

dia merengek2..
"ica tak tidur..ica  sakit.."

"ya Allah ya Allah...selamatkan anak aku ya Allah..anak aku tak berdosa ya Allah..ya Allah, ampunkanlan kami ya Allah, selamatkan anak aku..!!"itu jeritan yang i ingat.

tak lepas2 jugak, i asyik mengejutkan Aleesa.

nak dijadikan cerita, sebab tukar kereta, kita tertinggal smart tag kat dalam kereta, papa tak jumpa duit masa nak lalu tol...meraba2 purse dia dan terjumpa rm10.
he ppassed the note at the toll and asked the toll gate girl bukak pintu..
"emergency !!!"

Bila budak tu bukak pintu terus pecut lagi ke Putrajaya but we r so panic that  kita boleh tak jumpa kat mana  hospital tu.

Papa menangis2 sepanjang drive..and i asked him to rileks , kena cool, cari mana hspital dulu and tetiba i nampak signboard and had to guided him to hospital.
I said belok kiri , belok kanan sampai la nampak hospital.
masa perjalanan sebeleum tu, papa suruh i called mama yang kebetulan kat rumah ngah.
I called mama sambil2 mengusap si Ica, and sked her to pergi hospital as soon as they can.

Bila i sampia sana, masa wasnt there yet , sebab dia berpatah jalan , papa called bagitau sesat, so dorang nak rescued us tapi i dah nampak signboard so we straight to the hospital.
We terus headed ke Emergency and kat sana, ada dua tiga doctor yang entertained us dan few pembantu2, i dont know what to call them..
Doc suruh i letak Allesa kat meja rawatan.
ada almost 6 orang yang mengelilingi dia and i told them what happened.

Doc check and cakap..

'Bone exposure'

"ni dah nampak skull...kenapa sampai macam ni..how old is she?"
I said 3 tahun and the doc said..

"ya Allah, kenapa dia sikit pun tak menangis..sayang..tak sakit ker.."
she asked Aleesa.
Aleesa terkelip2, tak mampu menjawab..but dia start merengek, sebab tengok i dah tak hold her.
i kena letak dia on the katil tu..sebab they need to check her kan .

i minta maaf for those yang tak dapat tengok, ngeri with this pic..tapi this is what happened n i think i need to put it here...


"luka besar sangat ni..ada muntah ker puan, pengsan atau kejang sepanjang bawak dia ke sini tadi..?'
i said no.
yeap , i yakin sebab sepanjang masa i hold her, dia memang ok cuma darah panas dr kepala dia jer membasahi my whole dress.
I yakin dia tak kejang, n dia tak pengsan , sebab i make sure dia jaga sepanjang masa, andf also dia tak der muntah2.

Doc tak yakin and she said..kena buat ct scan..kita tak tak tahu when it come to kepala punya injury ..macam2 boleh jadi.

yea..that was what in my head to.
kepala..otak..tu yang buat kami takut sangat2.

Doc balut her head and handed me ubat to give to Aleesa.
nasib baik la my doter ni tak takut dengan ubat n dia boleh habiskan the dos yang doc bagi.
Doc suruh i tenangkan dia, let her sleep.

Dia kena sleep sebab nak buat ct scan.
But after sometime, dia tak tidur2, cuma mamai2 jer.
Doc cucuk her hand dengan jarum tu and masukkan ubat thru the needle .
Doc kata , with this dos, she suppose to sleep la.
But still after someime, dia tak tidur lena, still genggam my hand even mata dia terpejam.
doc kata we cannot got for the ct scan if she still like this.
But dalam setengah jam camtu, dia tertidur.

masa kita bawak dia for the ct scan, dia terjaga n i tidurkan dia balik.
masuk jer dalam bilik for the scan tu, i dah tak boleh masuk.
I tunggu kat luar then nampak mama, ayah, ngah semua meluru masuk ke situ jugak.
Dorang dah sampai right after kita mula2 sampai , tapi mana boleh masuk ke emergency...so masa dia nampak kita bawak Ica ke bahagian scan tu, dia meluru ke kita semua.

Papa menangis2 depan adik dia ...and ngah terpaksa tenangkan dia.
I pulak, sangat panic, berdebar dengan result ct scan yang akan dapat dalam masa beberapa minit lagi, that i langsung tak keluar air mata.
deep inside i berdoa n berdoa n berdoa semoga my Aleesa baik2 saja.

Tak sampai few minute masuk dalam bilik tu, pembantu dr bilik makmal tu called me utk masuk.
Dia bgtau Aleesa tak tidur n panggil2 ibu.
i need to calm her..or else the ct scan wont work.
It will be a waste, dah lah merisikokan kids dengan radiology tu, but the result was nothing.

It take me 5 min utk tidurkan dia balik.
Then i keluar.
After almost 10 minutes , i dnegar dia menagis.
pembantu tu called me again n said, dah siap..dah dapat result..nanti kat bilik tadi doc akan jumpa puan n bgtau.(refer to bahagian emergency)

masa tu punyalah sakit my jantung...
tapi i kuatkan semangat, i pegang her hand sepanjang masa dia diheret ke emergency room tadi tu balik.

After 10 minutes, doc yang memula entertain me tu datang.

"puan..result ct scan tadi positif, takder darah beku, takder skull fracture or whatever yang abnormal kita nampak...but we still need to monitor her for about 8 to 12 hour...normally bila result ct scan positif ,selalunya memang positif ...rarely berlaku, akan ada abnormality balik, but, to be safe, we better monitor her here.."

i said ok, yea whatever u need to do, u just do, i tak kisah, i just want the best for her.

Then, doc tu called surgery unit..sebab luka tu perlu dijahit.
Tapi Aleesa masih mamai, tak fully tidur.
I pun tak boleh letak her kat katil.
She keep asking me to hug and carry her.
Dia almost teridur, i nakletak dia atas katil, dia surely terjaga.

So, doc tambah sket dos lagi, to make her sleep so that they can continue with surgery procedure.

But unfortunately, it doesnt work for her.
So the surgery dijalankan dalam keadaan dia sedar.
papa ada to hold her, but another 4 doc pun , kena ada and pegang her tightly.
nak jahit her head, memang dia tak leh gerak.

Dia menjerit dan menjerit macam apa jer.
I kat sebelah dia, hanya mampu tenangkan dia and tengok semua orag tengah pegang dia kemas2.
Kepala dia ditekan dengan kain hijau tu adn the procedure dibuat dengan amat payah.
She struggled gila2 nak lepaskan diri and menjerit2.

masa tu air mata i akhirnya tumpah.
My dear daughter, if only ibu boleh ganti ur place, ibu akan duduk kat meja pembedahan tu sayang.
jahit la badan ibu berapa banyak jahitan pun , ibu rela sayang..tapi ibu tak boleh...maafkan ibu sayang..maafkan ibu sayang...
masa tu la air mata tumpah..berapa lemahnya i rasa mendengar tangisan dia n i cant do anything..


After the procedure i hugged her tightly..i peluk, i cium dia, i minta maaf dengan dia banyak2.
Dia merengek2 minta i tidurkan dia.
Dia bgtau i kepala dia sakit .
i tahu, i faham...kesian my doter..

malam tu dia kena tidur di ward.
I temankan dia the whole night.
Sikit pun i tak lelapkan mata.
Aleesa tidur lena malam tu, maybe penat sangat struggled masa kena jahit tu.



papa pulak ke surau...buat solat hajat sampai pagi...
I tak mampu tidur n berharap sepanjang malam, janganlah muntah my doter..tidurla lena...


I called  Ayoh minta buatkan solat hajat utk Aleesa masa waiting dia kat ct scan tu.
Malam tu jugak, after dia tidur kat ward, i hantar whatsapp kepada few my fren asking them to doakan my poor doter.

Berkat doa semua, esoknya, dia bangun dengan senyuman.
Tapi hati i sangat2 tersentuh dan sayu bila soalan pertama dia to me was..
"ibu cuti ker hari ni...ibu jangan work yer, adik sakit.."

sekali lagi i menangis...
"yer sayang...ibu cuti...ibu akan jaga adik.."

deep inside i jawab...
"ibu nak cuti for my whole life sayang..just utk menjaga anak2 ibu..bagi ibu sket masa lagi sayang...maafkan lah ibu sayang.."


Doc datang, and doc happy dengan perkembangan dia.
Dia minta makan nasi at 11 am.
papa belikan dia nasi with ikan singgang.
My very strong daughter, walaupun mengigil2 tanganya, masih nak makan sendiri..tak mahu i suapkan .
Gigih betul anak kecik i sorang ni.

Doc released her petang tu.
Minta datang balik this coming Tuesday utk buka jahitan.
Any abnormality yang i notice pada Ica, doc pesan terus datang hospital.

Alhamdulillah..syukur sangat2...sujud syukur banyak2 pada Dia kerana telah beri balik Aleesa pada ku.


Sesungguhnya apa yang berlaku banyak sangat menyedarkan kami.
Betapa kami menjaga dia supaya dapat mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan di luar rumah.
siapa sangka , benda nak berlaku, dalam rumah pun akan berlaku.
Siapa kita nak mengelak ketentuan Tuhan.
Apa yang berlaku sebenarnya memberi impak yang sangat besar pada kami sekeluarga.
Dan Alhamdulillah, kami terima dan ambik begitu banyak iktibar atas apa berlaku.
dan sesungguhnya jugak, kami jumpa hikmah yang amat2 berharga buat kami sekeluarga.
Biarlah cukup kami sekeluarga simpan hikmah yang berlaku ...dan semoga sentiasa menjadi peringatan buat kami.
















Monday 24 June 2013

Tiring Sunday..!

Salam,

Pagi semalam, i buat bihun goreng for breakfast.
Stok sambal tumis papa kan dah ready..guna tu jer, tambah air rebusan daging..buh sayur dan ready.
Sambal tumis tu jugak boleh makan ngan bihun sekali.
Senang kerja kan .
Che de pulak ada bawakkan kita kuih pa and keropok lekor..wah heaven betul makan cam duk kat kg


Makan kat luar rumah.

Then i kuar kejap, hantar budak kecik comei tu pergi neb.
Haze yang teruk ni memang effect her so much la , dia kan asthma , so dah cuaca camni, batuk malam2 n semput tak leh tidur.
I have to bring her for neb.

Balik dr situm, tengok Along, anak Che de yang sulong ada sampai with her fren from Melaka.
Dia nak ke Bangkok n singgah kejap at my house before pergi LCCT.
lagipun her sister, Awa will send her to LCCT and Awa as at my house since Saturday tu.
Rezeki bihun goreng  tu ramai la boleh makan.

Papa went out at 12, with Che de and Awa , hantar Along and fren ke LCCT.
I pun terus ke dapur , buat simple curry ayam.
Itu jer i boleh fikir dengan limited lauk pauk yang ada..

By the time dorang balik dr LCCT, lunch dah ready.
I ada buat kastard jagung berkuah jugak utk dessert.
dah banyak kali tayang pic here kan .




This two nak lunch kat luar.

Having it peacefully berdua kat luar...yang lain2 makan kat dalam.

Petang at 6, Che de dah gerak ke Kelang , nak tidur rumah Mak Long (my sister).

I pulak after Maghrib, keluar curi2 with papa.
We went to Taiping sebab papa nak settlekan sikit problem kat sana.
We went there berdua.
N reach Taiping pukul 10.
Semua settle at 10.30 pm and gerak terus balik KL.
Tapi  kita reach rumah at 4.30 am pagi tadi.

Sebabnya, i tak mampu nak tolong papa drive semalam..so we both decide to tidur jer kat mana2 R&R.
I tak sure berapa kali papa stopped last nite ...i tau2 jer at 4.30 papa dah ada lat Putra Heights.

I was soo tired nak bangun pepagi tadi, but tak ada pilihan, kena datang kerja jugak sebab ada meeting kena attend awal2 pagi.

That was my Sunday.
Tiring!!




Saturday 22 June 2013

My Saturday with BFF project..

Salam,

Pagi2 tadi bangun, i buat nasi lemak.
Dari minggu lepas bercadang nak buat nasi lemak.
Malam semalam papa dah buat stok sambal tumis banyak2.
So pepagi tadi i tanak 5 pot nasi lemak.
Yuza akan datang melepak at my house today for the whole day sebab kita kena bereskan few thing utk our project by today.



Sebelum orang lain datang, kita makan dulu siap2.Nak tunggu Yuza datang anak beranak, mau kebulur.

Our nasi lemak and condiments

lawankan dengan air teh tarik..sooo Malaysiaaaa...!

Nasib baik makan dulu, kalau tunggu Yuza datang,memang sah2 kebulur,Dia anak beranak sampai pukul 12.
Diaorang sampai yang kebulur hahaha, terus minta nasi lemak.
Lepas makan, budak2 besar biasa laaa..hilang dalam bilik Aniq.



Tinggal yang kecik2 cinonet jer.
Yuza plak datang dengan anak2 jer.
Ali (her hb) datang later at 2pm.

Jerit2 Yuza panggil anak dara dia suh layankan baby ..sebab mak dia busy with me menyiapkan plan2 project

Mariam yang terbiar hehehe



Yuza yang busy.
I dera dia buat kerja, sebab dia datang lambat.
I dah la tak tidur dr malam semalam duk pikirkan and bangun pagi2 terus buat kerja, soo it your time darling i said hehehe.
Tapi bukan senang dia nak handle, tengok la si Marian duk mengacau dia hehee.

Wonder what we r doing...tunggu lepas everything  dah complete and launched.
I will surely heboh kat sini.
Rasanya tengok kan kain2 berlambak atas meja , dah boleh agak kan ...but, apa kami nak buat ni is quite different dari produk2 yang dah ada kat pasaran.
So, nak tau kena tunggu hehhee.

Petang sket, Awa datang.
Papa pasang few movie tak nak kasi Ali kebosanan hehehe.


Awa pun sibuk jugak mencari movie2 to share

nak setting movie

kesian, budak berdua  ni tidur kejap jer kat atas with papa, then nangis2 turun n sambung rest depan rumah...dua2 bad mood tak dapat bermanja with me today , sebab ibu depa busy kan .
Sian..dah la adik tak berapa sihat..batuk , muntah and maybe sebab duk makan bukan2 sangat this few daym, asthma dia datang lagi.



Dah petang sket, Yuza and me sama2 ulang makan nasi lemak ..dr pagi tadi.
Siap tambah tanak anothe rround nasi lemak utk petang hahaha.

Keadaan bersepah tengah2 rumah.

Baby in the house..nasib baik dia tak banyak ragam.
Elok jer diam

Si Mariam yang dah keletihan



Pukul 7, my sister , kak Yah sampai from Trg.
Dia datang ikut her hubby ada urusan kat KL.
Alang2 i need her for the project, dia datang utk discuss her part.
Yuza duk bersembang with her sampaikan apa yang perlu Kak Yah buat.


Dengan kekecohan budak2 penuh satu rumah...meriah dan kecoh..

Pukul 9, Yuza balik dengan kepenatan and tinggalkan me home pun dengan kepenatan teramat juga.

After layan my sister n family makan , now baru ada peluang to check my blog.
Fuuuh, berdaya jugak menyiapkan this entry..
Its about time dah for me to have some rest.


See u again my dear blog..!


Kenangan 3 tahun di Karachi part 2

Salam,

Kat pakistan, papa stay di sebuah banglo yang disediakan oleh company.
Banglo tu di area perumahan tentera dan area embassy.
The safest area in Karachi.
Area papa di Defense 5.
Ada 3 staff lelaki yang stay in the same house.
Termasuk la big bos papa.
Semuanya Malaysian.

Oleh kerana semua staff Malaysian ni tak bawak family, jadi company tempatkan in one big house jer.
Ada dua tiga staff yang bawak family, company beri each family rumah lain laaa...
Kalau i sanggup ikut and stay with papa, papa takkan stay in the house la.
Tapi ramai kawan2 yang duk serumah tu, semuanya pun dah berfamily and tak bawak their family sekali pun .

Sesekali family dorang datang melawat cam kitaorang jugak la.
Ada yang bawak stay hotel 
Ada yang bawak stay in the house
tak jadi masalah sangat sebab rumah tu memang besar and every staff pun ada their own big room and their own big space.
So family pun selesa duk situ kalau setakat seminggu dua.




papa dan Aniq depan banglo companty.
They called it guest house

Aniq yang manja dengan ibu dia

Depan rumah .
Ada padang utk main bola .

Papa bela rabbit , hilangkan bosan balik kerja kata papa.
Bila kita semua bercuti kat sana, terbiar laa rabbit ni hehehe.
nasib baik ada dua guard depan rumah tu tolong bagi makan 




Depan guest house tu
3 biji kereta for 3 staff in the house.
Depan tu with pakaian kurta tu adalah salah seorang guard for the house.
masa memula sampai sini, i was quite shocked.
Guard bukak pintu with gun in his hand.
Its was common view kot to see senapang everywhere here.
Semua guard in this area will own a gun each .
Dah laaa masa memula datang n jejak kaki ke Karachi ni ada kisah menakutkan .
Ill share that later.





walaupun ada kemudahan kereta disana, sesekali bila i datang bercuti, papa akan jaka kita keluar ronda2 dengan tut tut.

google image of tut tut di sana.
Aniq sangat2 happy duk dalam ni hehehe.

Normally kalau jalan2 sini, tak banyak pun tempat2 menarik.
Mall pun biasa2 ajer




Ini kat Millenium Shopping Mall.
Takder la grand
sama macam supermarket Hock Kee Seng jer atau Astaka jer kat Kuala Terengganu tu hehehe.
tapi dr tak ada , boley laaa jugak buat lepas hajat nak jalan2 .
Aniq kat mana2 pun , best ker tak, asal ada tempat main game, dia ok jer.





Kalau teringin nak makan brownies in hot plate, datang jer sini.
Tempat ni cuma kat belakang guest house.
Tak sampai few minutes berkereta, dah sampai.
Kat sini, ni kira nya cafe mewah laaa.
Bagi kita, cafe biasa sebab nilai mata wang .

Teringat2 brownies sepcial kat sini dihidang dalam hot plate with vanilla ice cream.
Sayang i lupa nak snap pic.


Kat karachi ni ada juga pantai.
kalau2 rasa nak ambik angin laut.


kami kat salah satu pantai di karachi ni.
I really cant remember apa nama pantai ni.
Ada Mcdonalds restaurant bersebelahan pantai ni.

It may look nice in my photo kan .
But tell u, bau kat sini memang tak berapa enak hehee.
Maybe sebab unta dan kuda bersepah2, so bau2 tu laaa jadi pencemaran sket.




Aniq yang manja.
Belum ada adik masa ni.
Dialah satu2nya intan dan permata.
memang spoil habis.
name it , apa saja, ull get it laaa masa ni.
dah la papa jarang2 jumpa, sekali jumpa, cakap jer nak apa, papa tunaikan .
memang spoil


Nampak orang berniaga aiskrim tu?
Unik hehhe.
Unik, tapi tak berani nak beli kalau yang berniaga bersepah2 camni.

nampak gerai2 sepanjang tepi pantai tu.

Apa yang kelakar kat pantai ni...
Ada la orang2 sini yang nak ambik udara pantai kononnya, dorang bawak kerusi and susun duk melepak kat tepi2 pantai tu kan ..yang kelakarnya tu, duk la jauh sket baru la aman nak hirup udara..ni tak dibubuhnya kerusi tu dalam air..sat lagi ombak pun datang...lintang pukang semua lari angkut kerusi.
yang pompuan2 dengan baju dorang, berselendang lintang pukang lari takut basah kena ombak.
Dah sah2 la dia pi duk dalam air tu.
Masa memula tengok i gelak jer
Itu baru satu, banyak funny thing yang buat i gelak sepanjang kat sini.

nanti i cerita macam mana traffik dorang and ragam2 kat jalan raya.