love

love

Followers

Friday 28 January 2011

Entah laaa

Salam,

Hari ni satu hari kat office tak sempat nak BW sangat, apa lagi nak entry apa2..ada lah sempat p dua tiga umah kawan2..pehtu sambung kije opis..tapi actually kije opis pun idok ler banyak mana pun..entahlaaa, rasa cam tak sempat itu ini...

Skang ni me masih berjaga, hb n anak anak anak semua dah terbungkam depan tv..memang kami skarang asik tidur depan tv ni jer ....kat bilik panas..bila on air cond, sah la esok si twin tuh duk sok sek sok sek...alah betul depa berdua dengan air cond kat bilik tu, tapi dalam kereta tu ku on air cond, duk heret usung pi jalan utara selatan semua, elok jer plak...kata bibik, bukan sebab air cond, twin tu tak berapa sihat skang sebab banyak benda dia nak dapat..nak duduk, nak merangkak ke sana sini ..itu yang demam...mungkin jugak la kot.

Itu kisah selsema anak2..masalah ibu ni pun satu jugak,,,semalam balik kije, hb suh bawak aleesa jumpa doc sebab risau jugak kalau dibiarkan , asek di bagi jer ubat selsema tu..so semalam kami pergi la klinik, dalam kepala dah pk,nak minta sekali ubat selsema n minta doc check me..bila dah sampai ke klinik, jumpa lak doc singh yang memang over ramah bila jumpa twin tu..terus ku lupa...balik umah baru tingat..haaa so sampai skang masih la duk terbersin2...sok sek2 lagi...so baik tidur jer laa...dalam kepala ni cam banyak benda nak diluahkan dalam blog ni..tapi entahlaaa...

Tak mo termelalut laaa ..baik ku blah awak..so guyzz..jom mimpi indah2....gud niteeee!!!

Wednesday 26 January 2011

Kisah jiran

Salam

Ini bukan kisah me bergaduh dengan jiran, atau ada sakit hati ker apa ker..tidak sama sekali..cuma nak share kisah jiranku yang satu ini.
Jiran depan rumahku ni Chinese...oh sebelum tu let me tell that kawasan kejirananku memang 1 Malaysia, me ada jiran cina , india n banyak la bangsa lain2 lagi kat area ni.Depan umah me adalah jiran Cina dan sebelah kiri rumah me juga jiran cina.Jiran depan rumah tuh,nama late suaminya Sunny.Late Sunny tinggal bersama isteri dan dua anak perempuanya serta bapa late Sunny yang kami selalu panggil uncle sahaja.Isteri late Sunny ni agak 'bising2' jugak orangya..ada saja benda yang tak kena pasal area umah kami2 semua kat sini yang dia nak komplen..berbeza dengan sikap late Sunny yang tak banyak cerita.
Masa kami mula2 pindah rumah ni, late Sunny yang mula2 tegur kami.Dia kenalkan kami dengan jiran2 lain di situ...kami berjiran seprti biasa, tegur dan berbincang bila ada isu2 dikawasan kejiranan, atau bila bertembung, ada laaa hal2 kecil yang kami bualkan.Late Sunny n isteri tak bekerja di luar, mereka berdua sama2 bekerja dr rumah.Mereka berdua agen insuran..life insuran n general.So, kalau nak hidupkan road tax kereta ker motor..hb minta late Sunny yang settlekan.
Masa hb ditugaskan bekerja di Karachi for few years..dia pesan pada late Sunny supaya tengok2 kan kami anak beranak, sebab late Sunny sajalah jiran yang banyak bercakap dengan kami.Dan memang sepanjang hb disana..late Sunny banyak membantu me..kalau nak tukar filter paip air kat rumah, bgtau saja dia..dia akan tolong...kereta rosak ker apa ker, dia carikan pomen utk me. Late Sunny rajin orangya, ada saja activity dia diluar rumah, menyapu laa..mengecat laaa..especially kalau nak sambut CNY.Rumah late Sunny ceria betul,berlawan2 dia dengan jiran dikiri rumah me ni..Sama2 mereka duk hias nak smbut raya.
After almost 3 years, hb balik bertugas di Malaysia ..kami sudah mula perasan perubahan pada late Sunny..kepalanya mula botak..badannya kurus betul.Hb pernah tanya ada apa yang tak kena..tapi late Sunny senyum saja..dia kata biasalaaa...umur sudah meningkat.Pada masa ini kami tengok banyak tugas late Sunny dah diganti oleh Uncle (his father yang duk sekali)..Uncle yang pagi2 keluar rumah, hantarkan anak2 late Sunny ke sekolah,begitu juga bila balik sek..ke pasaraya beli barang2 umah,...semua uncle yang buat.Kami jarang nampak late Sunny kluar..Bila kami tanya uncle pasal late Sunny, uncle jugak tak banyak cerita.Jadi kami faham yang mereka lebih suka kalau kami tak amik tau pasal apa yang jadi pada late Sunny..so, kami tak bertanya lagi selepas tu.
Rutin hidup seprti biasa...kami balik kg every weekend...kerja pada hari biasa n jarang kat umah kalau ada cuti2 .Suatu hari, hb ketuk pintu rumah late Sunny sebab nak minta dia buat road tax keereta kami seprti selalu.Isteri late Sunny yang keluar.Hb pun bgtau laaa dia nak jumpa late Sunny sebab road tax kereta...isteri late Sunny tengok hb cam hairan...kemudian dia tanya hb "u tak tau ka...?"..hb pulak yang hairan n menggelengkan kepala..."Sunny sudah lama takda...sudah banyak bulan loo".....adusssss..macam satu tamparan kat muka hb katanya...malu, serbasalah, rasa bersalah n semuanya...selepas minta maaf kerana tak tau apa yang jadi...hb terus balik.Hb tak tanya pada isteri late Sunny cerita sebenarnya kerana rasa sangat malu.
Balik kerumah, bila hb cerita dekat me...me rasa cam tak percaya.Malu sungguh rasanya menjadi jiran dia.Pelik juga sebab tak ada langsung apa2 majlis semasa kematian dia seperti selalu2 yang dibuat oleh jiran2 Chinese kami. Kalau tidak , pasti kami tau...kami pun tak bertanya lebih detail, bila dia meninggal..kenapa tak ada majlis semua.
Beberapa hari ini, me terkenang2 kan late Sunny kerana seperti tahun2 sebelum ini, pada masa ini late Sunny adalah orang yang sangat busy, menghias rumahnya utk sambutan CNY.Rumah late Sunny sunyi, dan kelam sahaja.Jiran cina disebelah kiri me pun macam sunyi juga kerana tak ada lagi kawan sejirannya yang dulu sama2 'berlawan' menghias rumah...sayu hati bila sesekali bertembung dengan isteri dan anak2nya...kalau kami yang cuma jiran (jiran yang sangat la tak prihatin huhuhu)ni terasa kehilangan late Sunny, pasti keluarganya lebih2 lagi..apatah lagi bila semakin hampir dengan CNY ni....
Bila me n hb ungkit kisah late Sunny ni,kami berdua pasti akan rasa serba salah n malu sendiri...betapa teruknya kami sebagai jiran....

Kerja Aleeya

Salam

Ibu tengah siap2 , duk mekap nak pi kije pagi2 tadi, Aleeya bangun....tengok apa dia buat

habis jatuh, pecah semua pasu hiasan bawah console table tu...
 muka kena marah...ileksss jer
 Aleesa tak bermaya sebab malam semalam demam..banyak rengek2, so pepagi ni dia pengsan, gilir2 dia orang berdua ni...take turn

Tuesday 25 January 2011

lalok

Salam,
Tadi balik kije awai..pas abis training awai...sampai umah hb duk sibuk cuci2 kereta ..me suapkan Aleeya makan while Aleesa disuapkan bibik.Pukul 6.30 kami semua keluar, hantar Aniq ngaji n terus ke KL balik...hb nak kena amik barang utk kije dia kat Melaka esok, tapi esok hb balik hari jer..sebelum kuar umah tuh, me makan sebiji ubat selsema yang suppose dimakan malam..pas settle hb amik barang,kami pi makan kat Bangsar..otw balik tu hb tanya nak ker pi Giant ke mana2 nak cari barang sebab dua tiga malam sebelum ni me duk bising2 jer dengan hb sebab hb asik sibuk malam2 , takleh nak soping moping lagi kat mall...tapi me cakap tak larat..so otw balik tuh, me tersengguk2 menahan ngantuk, rasanya ubat selsema tuh laa buat me lalok..bila hb cakap bunyi dah cam sayup2 jer...
Sampai je kat umah, hb laa duk ngangkut twin, me tak leh pk apapun, memang terus benamkan kepala ke bantal...mengantuk, lalok sungguh.Skang baru bangun nak BW blog kawan2..nak update apa yang patut. Bangun tidur tadi, me nampak Aleesa n Aniq dah selamat pun...di alam mimpi dah..cuma Aleeya je duk main2 dengan papa dia...
Pas ni pun nak sambung tidur lerr..esok kena bangun pagi2 nak hantar Aniq sek. Hb plan nak kuar umah kul 6 pagi2 esok sebab he suppose to be at Melaka pukul 10am.Dia nak hantar Aniq dulu pun awal snagat, so me kena siap2 awal laaa..nak hantar Aniq kul 7 n terus ke opis..
Esok sambung lagi la BW ku..mata udah nak terpejam balik neh..huhuhuh,  gud nite everibadiii....

Sakit

Salam,

Starting with Aleeya, then semalam Aleesa takleh tidur, sok sek2 duk selsema...n now seem like jangkit kat ibu dia dah..pepagi tadi masa masuk meeting kat menara HQ, duk bersin berkali2...now ni dah berair hidung, rimas sungguh kalau kena selsema..kepala pulak dah rasa berat ni, cam nak start demam pun ada..dah lama gak tak kena selsema n demam, atau apa2 sakit..sejak ada twins ni alhamdulillah, Dia bagi kesihatan yang baik buat ibu utk menjaga anak2...kalau hari ni diberi sket ujian, sedikit ketidakselesaan, masih harus bersyukur dibandingkan dengan orang yang menerima penyakit yang lebih berat.Kalau tidak datang sakit, kita lupa masa sihat kita..Setiap sakit itu kan penghapus dosa2 kecil kita..alhamdulillah.

Monday 24 January 2011

Perasan tak???

Salam,
Notice tak heartbeat kat atas tu heheheh...me nampak heartbeat ni dr blog mamakembar3....n then terus ke link seterusnya.
Rupanya heartbeat banner ni leh juga sumbangkan hasil kepada blogger.Sesiapa nak tambah2 selain dr nuffnang tuh, leh la klik kat my banner kat atas tuh n mula la daftar yer.
Kalau nak penerangan yang lebih detail camana nak jana pendapatan dr heartbeat banner ni, sila baca kat sini yer.

lama tak tengok twin...

Salam,

Lamanya cuti, umah memang tak sempat berabuk , tapi rindu lorrr...banyak story nak kongsi here..tapi cam tak cukup masa, banyak jugak benda2 lain nak kena siapkan ni...kesempatan yang ada ni, me nak buh pic Aleesa n Aleeya...sebab dah lama takder kisah depa berdua..blog ni dah jadi blog masak2 jer pulak bila ku baca2 balik semua entry heheheeh

Sapalah agaknya ni...suka laaa sangat duk bawah kusi ibu ni..
 Haaa...Aleeya pulak kali ni...suka yerrr dapat nyorok situ...

 Aleeya kena selsema..asik rengek tak leh nak tidur, so pagi tadi before pi kerja, dia tak dapat kiss2 ibu dia gudbye...sooo pengsan
 But Aleesa dah bangun to kiss her ibu good bye..

Friday 21 January 2011

Kek thaipusam

Salam,

Malam smalam me buat baking project lagi, gara2 asik masyuk snagat duk BW kat blog masak2 otai2 sini, sini,  n banyak lagi laaaa....

So inilah hasilnya...agak sememeh, tapi sedapppp..heheheh





Skang pulak tengah tunggu another muffin yang dalam oven masak...


Ini before masuk oven

pas tuh, pas masak lunch , nak kena prepare inti sardin , nak wat puff kelopak lak..wonder ek napa la me wat kuih banyak2 ni???(sapa laaa nak wonder hahaah)...sebabnya my abang dr Kuantan , Abang Wie n family akan sampai petang/malam ni.Esok nak pi nikah anak ketiga dia kat Kelang..majlis esok cuma majlis akad nikah, sanding n kenduri besar nak wat bulan march nanti...so  kena laa sedia apa patut wat minum2..sebab kek yang ku buat semalm tuh dah tinggal sket jerk ahak ahak...

Thursday 20 January 2011

tunggu oven

Salam...

12.38am..me belum tidur..hb sampai kul 11 dr  trg...pas mandi2..dia temankan me buat muffin utk piknik dengan my bff esok petang.Sengaja projek buat muffin ni dimulakan lewat sket, tunggu twin tidur dulu...kesian plak sebab dah banyak hari depa berdua terabai , ibu dia ni asik sibuk projek kuih jerk...elok jer muffin ku masuk oven , hb tertidur depan tv hehehe, ku tak kejut laa, kesian dia penat..lagipun memang dah elok bentang tilam semua...sekali lagi tinggal la me terkelip2 menunggu muffin kuar dr oven....

Wednesday 19 January 2011

Penat layan kuih

Salam,

Penat pulak malam ni melayan permintaan dua hero dalam rumah ni.Balik je rumah tadi, terus Aniq terpa ibu dia ni kat pintu..bagitau esok dia ada Koko (kokurikulum) kat sek sampai kul 5 and nak ibu siapkan bento yang banyakkkkk sebab dah janji dengan member nak tukar2 makan.Hb pulak nak bertolak ke Terengganu dalam kul 10.30 malam..oustation lagi n asked me utk buatkan dia bento popia ikan.So kelam kabut laaa me masuk dapur nak siapkan hb punya before 10.30pm..sedangkan masa tuh dah kul 8 malam.Kebetulan me balik umah lambat sket hari ni sebab singgah ke Tesco kejap dan kebetulan jugak dekat Tesco tadi me ada beli puff segera jenama Kawan, leh laa reka sumting utk bento Aniq esok.

Untuk popia ikan hb, actually semalam me dah buat , masa balik kije hb teringin nak makan..so petang tuh jugak me pi beli ikan sardin , kalau kat tempat me di Trg ,kami panggil ikan selayang n kuih popia ikan ni dipanggiil 'kuih pa'.

Meh nak share cara nak buat

Rebus ikan selayang .

Potong dadu kentang, bawang n cili merah

 Masak ikan dengan kentang n semua2 yang dady tadi dengan santan..Should be kering supaya tak mudah basi..but mine tak kering sebab banyak snagat ikan kot  huhuhu
 Untuk kulit, dia nyer bancuhan sama cam roti jala cuma tak buh kaler2 n masak cam lempeng, alah cam nak wat kuih ketayap tuh ler
 sejukkan

 Bila dua2 dah sejuk..gulung dengan inti tu


Then leh la goreng..makan masa pas goreng besttt...rangup jer


Utk malam ni, memang ada inti  lebihan semalam..cuma kena buat kulit dia la..so balik tadi kocoh2 masuk dapur buatkan kulit popia ni dulu.Dah siap n sejukkan, terus pi siapkan bento Aniq, takut esok pepagi tak sempat sebab hb takder..so me la kena rush nak hantar Aniq ke sek

Untuk bento Aniq..me buatkan sosej pintal2 dengan puff..masuk oven..siap

Buh dalam container yang agak2 dia boleh buang jer..sebab me dah tau ..esok dia busy dengan kawan2 dia, busy bermain, confirm dah lupa nak bawka balik bekas bento dia..

Utk tambahan, esok pagi2 me akan gorengkan nugget jugak...

Pas setel2 semua..hb terus kuar, brtolak ke opis dulu sebelum ke KT..n me terus terduduk..kepenatan dok terkejar2...seb bek jugak Aleesa n Aleeya buat hal sendiri sampai tertidur2..huhuhu, kesian twin, dah banyak malam ibu busy dengan kuih2...

Aleeya yang tertidur..

Aleesa dah tergolek2 kat simen...kepenatan pas mengejar barang2 mainan dia..


Dapat jer duduk, me pun on kan lappy, cek2 status FB kenkawan n then ternampak status Nana (adik hb) yang mention that she's depressed..so layan chat denagan dia..setel chat, me terus update ini blog...now dah kna tidur lerr...esok mau tak terhantar lak si Aniq...

daaaa

Tuesday 18 January 2011

DS Samy Vellu

Salam,
Got this from my email



  DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!


Monday 17 January 2011

unplanned lunch date

Salam

Today dengan tak diplan, me pi tempat hb utk lunch together..niat asalnya nak pi Central Market dengan member2 opis ..tapi last minute dapat call dr vendor utk satu payment dia yang ada masalah..kebetulan semua info ada dlm laptop n laptop plak my hb pinjam today sebab ada presentation..hb punya kan rosak...jadi terpaksa la pi opis hb, alang2 dah ke sana..kami pun lunch sama2 laa.

Bila hb tanya nak makan apa...i jadik blur..memang takderk idea...me pun jawab..tak mau outdoor, panas2..nak restoran yang ada aircond...hb pun pusing2 laaa sekitar Bangsar tu...blur tak tau nak makan apa...pusing2 last2 nampak laaa signboard ni...


Memandangkan susah nak cari parking space kat area Bangsar ni..hb suh tunggu dlm kereta, n dia belikan...masuk kereta me tanya dia , nak makan mana?




Last2 kami park je kereta kat satu kawasan parking,tepi jlan dalam bangsar, depan area2 restoran yang macam2 tu...restoran Itali la, jepun laa..apa ntah ek nama jalan tuh huhuhu..kereta kami agak jauh dr kereta2 lain, betul2 bawah pokok.. hb kata..still ada aircond kan..hehehe...bila ada orang lalu lalang depan kereta kami, semua duk tenunggg jer...hb bengang n cakap dengan me..'jom kita comolot2 depan ni..kasi gempak sket..sibukkk snagat duk jenguk2 kereta orang"..hahaha jahat tuul...me cakap..kang tak pasal2 kena cekup bebetul...tetap kena denda jugak walaupun dah nikah..sebab menganggu ketenteraman, buat2 gimmick..n menimbulkan keraguan..heheh ye ker kena denda camtu ek kalau takat kiss2 jer ek..ntah laa, me pun tak tau, saja2 jer cakap..hb gelak jer laa..habis makan..terus hantar hb ke opis n me rush balik opis..tiba di opis tngok jam baru 1.30pm..wowww, awal la plak tiba...apa lagi, BW laaa....

Weekend kami

Salam...

Seronok betul dapat spend weekend kat umah....utk kami sefamily..bila dapat spend weekend kat umah tuh nikmat nya lain macam heheheh sebab kami memang jarang2 ada kat umah ujung minggu..normally abis kat kampung ..kat mana2 laa..ada 2 jer activity, kerja yang nak kena buat weekend..so bila dapat spend masa kat umah..cam banyakkk jer activity nak buat.

Sabtu pagi hb ada hal kat Damansara and as his secretary..kenalah me ikut..tapi before tuh, bawak Aniq ke klinik..sebab demam dia tak baik2..doc suh amik darah sebab suspect with denggi..doc kata by petang tuh jugak, he will give me a call on the result...he said, kalau denggi dia call..kalau tak, takder apa2 laa tu...


 Pas cucuk ubat masuk kat bontot, dia dah berpeluh2..rasa sihat sket n he requested for roti canai..so , melepak laaa kejap layan permintaan dia .

Pas hantar Aniq balik..me n hb pun g Damansara n otw balik, singgah kat Giant Kelana Jaya...masa tuh pukul 2pm kot when suddenly no dr Klinik yang me pergi tuh appear on the screen.Cam nak gugur jantung me masa tuh sebab doc dah cakap he will give a call kalau denggi...tapi me gagahkan la jugak, dengar explaination dr doc.Alhamdulillah..bukan denggi tapi kena jugak pi klinik tuh balik amik antibiotik sebab jangkitan bakteria kata doc.
Lunch kami beli nasi beriani jer..n dinner with nasi goreng jer...

Ahad pulak, pepagi sediakan bf utk Aniq...masa nak kuarkan bf Aniq dr dlm oven, tak perasan tangan ku tersentuh besi yang berapi kat atas oven tu..huhuuh sakit wooo...




Utk lunch, hb yang masak sebab jari me ni kunun2 kan cedera parah..heheheh, hb masak ikan tenggiri goreng, ayam goreng kicap dengan cendawan n kailan


Then kami kuar, pi Bangi , jenguk my anak buah, Awa..bout kul 4 kul kami reach home..masa dlm perjalanan balik tuh, adik hb, Angah  call cakap nak dtg umah.So as soon jer sampai depan umah, me rush pi buat muffin sebab nanti takut depa dtg, takder apa lak nak hidang especially to my anak2 buah tu..(abaikan pic anjing kat muffin cup tuh huhuhu)


Depa lepak2 lama gak, so kami pun sdiakan dinner sekali..this one prepare by my hb jugak hehehe..(senang kan jadi wife my hb )




Beef steak for 4 person..utk budak2..me buatkan depa chicken chop, using chicken fiilet jenama apa ntah..lupalak..but no pic snap..heheheh..
Angah n family balik lepas habis layan citer Merlin..
Itulah kisah how we spend our weekend..boring jer bunyinya..but utk kami yang jarang enjoy our home tu..it soooo homelicious!!!

Saturday 15 January 2011

Aktiviti today..!

Salam..

Hari ini kami (me, hb n bibik)mengemas stor...dah lama me pasang niat nak kemas stor tu..rimas betul dengan terlalu banyak barang, bersepah2 ...bukan tak pernah berkemas, tapi setiap kali lepas kemas, buang itu ini...masih ada lagi barang baru akan ditambah, terutamanya barang2 kerja network n computer hb...rimas sungguh bila nak cari satu barang pun tak leh jumpa...Few pic yang boleh dishare, n me akan selit2 cerita ...

Sebelum mengemas tuh, me n hb ada hal sket, n keluar kejap..sambil menunggu urusan hb, kami berdua melepak di The coffee bean..

Sedap weh tiramisu tu..terkenang2 lagi..

Inilah rupa stor..dah banyak barang dikeluarkan masa ni..barang katering pun ada huhuhuhu

Antara yang dah disepahkan kat lantai..utk operasi pengasingan



 Tengah asing2kn barang yang nak dibuang, me jumpa kotak ni..lain kan rupa dia, tulisan dia hehehe..ini kotak dr Pakistan..dibawa dr Karachi...see, barang2 lama masa hb stay  di Karachi dulu pun masih ada dan isinya me tak sempat kemas lagi... 


Dalam kotak ni kami jumpa few things yang mengingatkan me pada kenangan2 di sana.Ini jemputan perkahwinan salah seorang staff hb di sana...rupanya sama saja seperti kad undangan kita2 di Malaysia ni...

Ini pulak,pamplet sebuah restoran yang kami biasa lepak2 n makan disana.KBC nama restorannya..Contoh menu yang ada dlm tu..tengok harganya...dalam Rupee...disana memang mewah berbelanja kerana beza nilai mata wang.















Antara lain jugak...me jumpa banyak snagat this...





Ada banyak lagi yang kecik2...dah tak tau mana nak ku simpan...nak dibuang sayang, nak diberi orang, takut nanti ada yang kata barang buruk pulak...apa pendapat kawan2 yer..kalau ada yang minat nak kan patung2 ni, bgtau yer..me dengan senang hati nak kasi...kerana memang terlalu banyak..yang masih di dalam kotak, langsung tak diguna pun ada banyak, berkotak2...ni antara pic2, yang masih tak berusik...





Haa..tengok la apa twin buat masa kami sibuk2 berkemas..
Terpaksa mengepung kawasan dia ..takut dia sampai ke kawasan operasi hehehe



  Dalam demam pun Aniq sibuk sama berkemas..sebab banyak jugak barang2nya yang ibu dia ni dah buang beberapa hari lepas..ada 3 kotak toys semuanya... (dia takut me buang lagi la tu)..me letak jer kotak2 tu kat tepi tempat buang sampah..kot2 ada yang berminat..semuanya masih ok, cuma dah terlalu banyak, jadi terpaksa dibuang separuh..



Leganya bila dah dapat asingkan barang2 tuh, bibik pi buang...tapi masih ada laaa yang kena sambung esok, sebab semua tak larat dah,,,bibik pun dah nak balik, twin pun rengek2 dah...me mandi2 n layan twin..cam biasa, bila me melayan twins, chef akan masuk dapur...simple dish katanya ..today dia buat asam pedas ikan tenggiri..owhhh orang muor itu..tak habis2 asam pedas heheheh..ku telan saja, no halll....bukan ku yang kena masak ahak ahak

tak rupa asam pedas ekk..phone camera ni ker sebabnya..heheheh



lepas makan, ku basuh pinggan, hb pula menyuap si bujang yang demam + manja sket kerana demam...

sambil dia disuap, dia cubit2 pipi si Aleeya


Aleesa mana yerk???

haaa mana lagi..kat pot asyik masyuk dia laaa



Haaa..tamatlah kisah kami sepanjang hari ni....